Friday, January 11, 2013

Kawin sudah

Assalamualaikum!

First of all aku nak mintak maaf la sebab tak jemput korang ke kenduri kawin ni. aku bukan tak hargai korang semua pembaca blog ni. aku hargai sangat. aku tau even aku pemalas nak update pon korang still menyokong aku. eceh. membajet retis sekali sekala tiada salahnya.tapi sebab bukan aku yg kawin, maka nya aku pon tak jemput. kau gila? kang terkejut tuan rumah tengok ramai org yang tak dikenali membanjiri perkarangan rumah. haaa.membanjiri giteww.


dipendekkan cerita, time kismes hari tu, one of my best friend get married. kawan ofis aku and i called her ERYA. aku kenal ERYA ni through facebook je. dan dia dulu pembaca blog aku jugak. tak sangka boleh kamcing pulak. untung rupanya ada blog picisan ni. hahaha!


dan  haritu aku ditugaskan untuk menjadi bridemaid bersama dua lagi budak sengal bernama DEE n ELLY.


DEE, ELY n CIK NATH
aku pon tak tau lah why lah aku ni asyik jadi bridemaid je. bila tah nak jadi bride ni kan? ada sesiapa sudi nak jadi groom? ;p. i nak yg beriman, kaya, hensem, ada kereta sepot, umah bangelowww, ada jet persendirian and CEO syarikat bapaknya. haaa. ni semua pengaruh drama melayu ni. hahaha. tapi kenyataannya jarang lah ada. kalau ada pon, tak de nya nak pandang diriku yg hina ini. sobs. sedar diri.

the mini pelamin. design sendiri. simple jimat and cantik! kan??

Erya dengan husband dia ni kawan dari zaman sekolah lagi. tapi tak pernah declare. then, husband dia terputus hubungan dengan Erya. tak contact lama. tapi dah namanya jodoh, memang takkan ke mana kan. Allah temukan diorang semula. tapi yg bestnya, lepas diorang jumpa balik, husband Erya ni terus masuk meminang. then terus decide nak kawin. sepanjang tempoh pertunangan diorang, diorang tak pernah dating langsung. kalau jumpa, takkan berdua. how sweet kan? 

sementara tunggu pengantin lelaki sampai

apa yg bestnya majlis ni, aku rasa sangat berbeza dengan majlis kawin yg biasa aku pergi. sebab, majlis ni simple, tapi rasa sangat berkat. tak membazir. hantaran pun simple tapi sangat berharga. cuma berupa kelengkapan sembahyang dan jugak kuih-muih. biasa kalau orang kawin hantaran semua yg mahal-mahal kan? 

with DEE and KAK DAL

lepas akad nikah, dua-dua pengantin buat solat sunat syukur. lepas habis solat, husband Erya baca doa. macam Ustza Don tu. hehehe. 


then, apa yg buat aku lagi tacing, terharu dan rasa nak nangis bila adik lelaki Erya jumpa husband Erya and bagi pesanan. suruh jaga Erya elok-elok. bimbing Erya, tologng lah basuh baju..buat keje umah..bla bla..adik lelaki dia ni memang sangat baik. jaga kakak-kakak and adik dia. dia sorang je lelaki. so, sangat respect! so gurls, ni calon suami terbaik ni. promote jap.

Auch! touching

lepas dah selasai, sesi bergambar lah pulak kan.

sepadan sangat kan!
pengantin with their parents.


sesi bercamwhore! time ni husband si Erya cakap "duk rapat sikit tapi jgn rapat sgt sudahlah". haha.!



bergambar dengan kanak-kanak riang yang aku pon tak kenal. tapi budak ni comel sangat.hahaha!


so, to Erya aku doakan semoga ikatan pernikahan korang kekal bahagia till jannah ek. seronok tengok kawan dah kawin. tapi dalam masa yg sama jeles pon ada. bercinta dengan husband tu..besttt!!! hahahaha. so akhir kata terimalah gambar ni sebagai penutup. asyik nak gambar cun je mana aci kan. hahah!

. hahahaha! jgn marah Eyaa ;p


bye! wassalam

*less than three <3 p="p">













14 comments:

muslih said...

Elly paling cun! gambar last tu! ahaha

Cik Eka said...

cubit natrah kalau x ajak eka..hahahahahaha


simple nyer pelamin..cantik dan sweet sangat..

sepadan betul ngan suami dia.

tahniah buat kawan natrah tu

Rara Nasiha said...

bagusnya dapat adik lelaki macam tu. sangat protective :)

Cik Nathrah said...

muslih: hahahha! tau xpee!! mak mertua tgk terus jd menantu kesygan!

cik eka: ehh..takkan lupa punyeee!

rara nasiha: yup..untung kan :)

boni kacak said...

hahahahaha.. takut saya tengok pilihan pengantin lelaki awak tu..hahahaha

Atiqah Wadiah said...

nath kawen nnt,mesti lg comelss...jgn lupa jemput tau

Fanaaaaaa said...

kak natrah!!!
miss u, miss u hehe..
lama tunggu post kak natrah yg baru tau.
couple ni sweet sangatttt..

Siha said...

owner kahwin? ahh. kena tipu. huhu....

Cik Nathrah said...

boni kacak: hahahaha..itu cuma angan2 je..kalau dapat uihhhh buat kenduri 40 hari 40 malam!

atiqah wadiah:hehehe..mesti jemput punya..and wajib dtg! ok?

fanaa: haha..miss u too dearrr :)


siha: hahaha..;p

Fafa Aziz said...

cantiknya baju korang! ;D

eh btw i dah tukar link blog tau. yang lama tak guna dah so tak boleh bukak yang lama.

Here's the new one.

http://rawreverything.blogspot.com/

tq :)

.:: Fiza|Zairi ::. said...

ingat awak yg kawin...terkezut jap sb da lme x blogwalking...

p/s: mintak tolong like page boleh =)
https://www.facebook.com/pages/Beauty-Secret/148332158654023

Shahada Fauzi said...

sweet je..semoga rumhtangga dorang berdua sentiasa dirahmati Allah..^_^

nath bile lagi..kaksha tak sabo nak makan nasik minyak kenduri nath ni..:P

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Erna Ziana Lamsera said...

eee, sweet nye!