Monday, February 18, 2013

Mungkin ini Peringatan dari Nya

Assalamualaikum!

Lately hati aku selalu rasa kosong. sometimes suka marah-marah dekat orang yg tak ada kena mengena pon dengan masalah aku ni. macam orang gila pon ada. suka hati nak marah orang kan. orang tu buat ni tak kena. itu tak kena. asyik nak menyirap je.bak kata mak aku, aku ni memang jenis yg kepala angin sikit. tapi aku rasa, dulu aku tak macam ni pun. so aku pon sedar tahap kepala angin aku ni melebihi tahap biasa. over heat la org kata. bikin panasss je! haa gitu.

muka kalau tension  dan tak mekap memang berkerut macam nie.

Then pada suatu hari, eceh suatu hari la sangat, aku mimpi something.  benda ni berlaku dalam dua minggu lepas kalau tak silap aku.something aku sendiri tak paham maksudnya. ni first time aku nak cerita ni. so siapa yg baca blog aku je tau pasal ni. aku nampak sorang budak kecik jalan pegang tasbih. ya Allah. comel gila. budak perempuan. kalau tak silap aku, muka macam aku masa kecik. eh tak. masa kecik aku hitam serta comot. mana nak sama. haha! hish. tak reti lah aku nak gambarkan macam mana. just dalam hati mampu cakap Subhanallah je.

Tiba-tiba, aku terjaga dari tidur. terus tengok handphone sebab nak tengok jam pukul berapa. al maklum lah iolss ni tak ada jam tangan. mahupun jam loceng. ataupun jam dinding. so jam menunjukan pukul 6.00 pagi. serentak lepas tu azan subuh. tiba-tiba aku rasa syahdu. macam nak nangis pon ada. aku pun tak tahu kenapa.


Aku terus bangun ambil wuduk and solat subuh. tiba-tiba aku rasa berdebar. pelik! macam perasaan orang nak tunggu result final exam je. tapi lagi pelik sebab tiba-tiba je perasaan tu datang. then baru lah aku terdetik dalam hati. mungkin ni peringatan daripada Nya.ya Allah. rasa nak menangis. tiba-tiba rasa diri ni banyak sangat dosa.

Kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri. orang tengok nampak baik je. eh yeke? terpuji diri sendiri pulak. hiks. gelak gedik. mak abah aku selalu berharap aku jadi anak yg baik. hamba Allah yg baik.aku ni siap buat blog. kadang-kadang nasihat orang tu. nasihat orang ni. bagi pendapat bagai.padahal diri sendiri macam hampeh. macam cittt podah. hipokrit! ini semua poyoo!selama ni aku tak sedar sangat. even kadang-kadang tahu benda tu salah tapi dalam hati cakap:

 "its ok..rileks lah. orang lain lagi teruk kot".

betapa jahilnya diri ini. lecturer aku pernah cakap dan berbunyi lebih kurang macam ni:

"kalau awak nak benchmark diri awak, awak jangan compare dengan orang yg lagi rendah tarafnya dari awak. awak tengok org lagi berjaya. kalau kita compare diri kita dengan orang yg lagi rendah dari kita, kita mesti akan rasa kita dah ok."

\

So, mimpi tu buat aku tersentap mak nokss sekejap lah. bayangkan budak kecik pun dah pandai berzikir pada Allah. yg aku ni? kadang-kadang tasbih colourful yg mak aku bagi tu letak dalam kereta aje. buat hiasan.


Start dari tu, aku selalu termenung. teringat lah dosa yg aku buat. banyakkk sangat. tak terkira.  rasa kerdil sangat. sebenarnya banyak dah petunjuk yg Allah bagi. tapi aku je yg buat tak endah. Allah kurniakan aku kawan-kawan yg baik. selalu bagi nasihat. ingatkan aku pasal solat semua.

Sekarang, aku just berharap supaya apa yg aku rasa ni berkekalan lah. maksud aku perasaan takutkan dosa tu akan stay dengan aku sampai bila-bila. aku takut, aku leka lagi nanti. nauzubillah. so, aku berdoa supaya Allah tetapkan iman aku. aku bersyukur jugaklah dapat mimpi macam tu. at least aku sedar jugak kan?

ok lah, tu je nak share. sebab dah lama pendam. tak tahu nak cerita kat siapa. with then bye!


"Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu.tetapi tidak pula sanggup menempuh siksa neraka Mu. dari itu kurniakan lah keampunan kepadaku, ampunkan lah dosaku. sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar" 

amin ya rabbal alamin.

*less than three* <3 p="">






6 comments:

Fuz said...

amin.

Wan Afzan said...

agree dengan statement lecturer tu. kene beanchmark diri kita dengan org lebih tggi budi pekerti & etc kan. nr lah kita makin nk improve & improve.

Shahada Fauzi said...

sama2 kite muhasabah diri..

Cik Nathrah said...

hehe...in sha Allah..aminn :)

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

jin said...

kalau mimpi jumpa budak.. maknanya cik ni ada jin yg kacau.