Friday, February 8, 2013

Orang Malaysia yang biadap

Assalamualaikum!

itu hari aku dan kawan opis bernama Elly bersiar-siar ke taman tema Genting yg berada di banjaran titiwangsa yg terletak di pahang. perjalanan mengambil masa cuma 45 minit dari bandaraya kuala lumpur.haa kau. complete information giteww. dah lama tak lepak sana. last pun tahun 2010 kalau tak silap aku. tapi kalau silap pun peduli apa kan?kau  kesah pun tak ye dok? so, kami menaiki bas ke sana. maklumlah, nak drive sendiri, kang jadi roller coster kereta myvi Elly tersebut.

ini ialah Elly. aku pon tak tau kenapa org selalu cakap muka kitorg sama. padahal aku rasa aku lagi comel dan cantik menawan kot? hahahahahhaha! kidding people. dont be serious. kalau serious tak rock lah beb!

sesampainya kitorg kat sana, angin sepoi-sepoi bahasa meniup. pelancong pun tak berapa nak ramai. sebab kitorg pergi time weekdays. kalau pergi time weekend alamatnya ramai lah orang Q nak main kan. tapi time kitorang datang tu, solero shot dengan spinner (alaa yg buai pusing-pusing) tu tutup untuk maintenance. tapi yg bestnya flying coaster (benda alah yg kita baring macam superman tu) bukak dan free of charge! dulu kalau tak silap aku kena bayar. RM10 per ride. tapi dah free tu apa lagi kan. 5 rounddd kitorg naik. abang yg jaga situ pon dah hafal muka kitorg. hahaha. best gilaaa.


muka lepas 5 kali naik flyiing coster. serkop terkeluar. muka meneran..hahahaha!
nak dijadikan cerita. haa baru nak cerita ni uolss. panjang benar mukadimah tadi kan. haha. ok sambung2. kalau nak masuk theme park tu kan kena pakai gelang tangan.   bukan gelang tangan emas la.  mahupun jual gelang AC Mizal. tapi gelang tiket tu. kiranya kalau tak ada gelang tu tak boleh masuk. no entry! bila nak masuk theme park org yg jaga tu akan check la. then adalah arab depan kitorg ni jalan.si penjaga tu perempuan bertudung.

penjaga :"woi where is it"

arabic :"oh yes yes..i got it"

penjaga: "ok dah. shuhh! shuhh!

aku yg dengar ni pon rasa macam berapi. ingat hanjeng ke apa nak shuh-shuh. kan? orang arab tu just geleng-geleng je. aku yg tak ada kena mengena ni pon rasa sakit hati. memalukan orang Malaysia je. dah lah melayu. perempuan. bertudung pulak. hmmm..malu malu! padahal boleh je cakap elok-elok kan? ini semua biadap! cehhh emo pulak kan?

tapi berbeza dengan satu lagi situasi aku berdepan dengan orang asing.sebenarnya aku ada lagi satu cerita jugak pasal org bukan Malaysian. tapi baikkk sangat. berbeza dengan orang Malaysia.nanti aku story ye. tiba-tiba malas pulak. tengok lah entry bulan depan pulak ke? hahaha! btw, Hapy Chinese New Year pada yg menyambut!!  with that..byee!!

p/s:by the way..tak semua orang Malaysia macam ni kan? :)


*less than three* <3 div="">



12 comments:

Shahada Fauzi said...

kalau kaksha kat situ mau budak tu kena sound dah..mengong betol..eh? tetibe emo pulak..hahaha..

eszyamin said...

citenye sal apa sampai die nak shuh2 tu..memang memalukan..

btw, aku baru turun dari cameron, best sebab dapat feeling2 new zealand saja bila pagi2 bercakap mulut berasap..tp dah kol 10 camtu dah panas..cameron terdedah kepada ancaman malapetaka jika bukit2 terus ditarah tanpa belas kasihan..sedih..

T@juI said...

awak shuh shuh la pulak budak pompuan betudung tu.
patutnye amik nama dia n repot kat genting punya management,silap2 awak dapat tiket free :p

khairul akmal bin azman said...

melayu bajet good good 2..
genting best kan2.

Fanaaaaaa said...

wahhhhhhhhh..
bestnya pergi gentinggg *.*
apalah orang tu. tak melambangkan kesopanan dan kesusilaan betul lah..
patutnya akak kata kat dia,orang MELAYU beradab, jangan biadab. macam bak kata ND LALA tu.. hehehe..

Ibnuismaini Ismail said...

syuuh, syuuh tu maksudnya 'silakan masuk' kut?

bikin persepsi tak baik je ar budak tu.

edNA tinynasweet said...

kebanyakan org camni jenis yang da tertekan sgt dengan kerja..last2 lepaskan dekat org awam. driver bus pon same..

http://tinynasweet.blogspot.com/2013/02/ena-u-pakai-ape-ye-muka-u-nampak-bersih.html

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
♥WanieyZuki♥ said...

hmmm.. betul tu sis, kita emo tau dengan orang biadap ni.. cisss ~,~

Cik Nathrah said...

makanya..marilah kita semua menjadi orang yg sopan santun. cewah :)

Erna Ziana Lamsera said...

kalau laki td trima lg ckit, ne pompuan btudung, ishhh

sama said...

dato' fadzilah kamsah kata..muka 2 orang nampak sama bila pasangan tu serasi,erat ..makin serasi makin sama wajahnya.