Tuesday, March 19, 2013

Busuk hati


Assalamualaikum!

Selasa lepas, macam biasa meeting pukul 8.30. tapi macam biasa lagi, time ada meeting time tu lah jalan raya tu nak jem. macam haram jad je. time tak ada meeting tak ada plak nak jem kan. disebabkan aku dah lambat sampai, maka nya parking di sekitar ofis dah full. pusing punya pusing dalam 10 minit still tak dapat parking. jadi aku pun decide parking dekat satu lorong kecil ni. lorong yg muat untuk dua bijik kereta lalu lalang lah.

habis meeting, macam biasa aku dengan ofismate pergi breakfast. so, alang-alang kedai makan yg kitorang nak pergi ni lalu tempat aku parking tadi, aku pon bawak lah sekali kunci kereta dengan niat nak alih kereta tu dari tempat tadi. maklumlah, takut orang marah kan sebab parking merata. tapi, bila aku sampai, tengok-tengok ada kereta blocking. so tak dapat lah nak keluar. terpaksa lah tunggu balik kerja nanti. haish! mengeluh dalam hati.

pukul 530 pm sharp macam biasa, sepantas kilat aku meloloskan diri dari pejabat. dengan harapan dapat pulang dengan bahagianya. kalau lambat kang jem pulak. biasalah KL. kalau tak jem memanglah tak sah.tapi alangkah kecewanya bila tengok kereta yg blocking tu ada lagi. then aku pun bagi salam dekat rumah tuan punya kereta. sebab kalau tak silap aku, pagi tadi kereta tu parking depan rumah tu.so, menurut firasat memang sah lah tuan punya kereta tu mendiami rumah tersebut. haaa gitu.

time tu ofismate aku Elly pon ada sekali. kebetulan dia parking dekat-dekat situ. dia pon dengan gigih jugak lah bagi salam sama-sama.

yg tgh itu Elly :) 

"ok kak nat. kita kira 1..2..3..Assalamualaikummmmmm"

nak dekat 1000 kali kitorang bagi salam tapi still..tak ada orang menyahut. degar macam ada bunyi TV. alih-alih jiran sebelah dia yg tolong jawabkan salam. sampai nak terkeluar anak tekak kitorang dok memanggil2. kalau tekak ni ada cucu, kira sampai ke cucu tekak lah. eh merepek.hah


"pakcik, kereta tu orang tu punya ke" aku tanya pada jiran dia yg dok jawab salam tadi.


"aah. kereta dia. dia memang tak suka orang parking situ. susah dia nk keluar masuk katanya. dulu pon ada jugak orang kena block macam tu"

pergh.sampai macam tu pulak. kiranya memang tuan punya kereta tu sengaja lah buat-buat pekak bila orang bg salam kan. kurang hajaran betul. ye lah, aku ngaku lah memang salah aku parking situ. tapi niat aku nak parking kejap aje. aku tak kisah pun kalau orang tu nak marah ke apa, at least aku boleh mintak maaf and explain lah why and why i dare to park there.haaa omputih gitu. kan? tapi dia? aku siap tinggalkan namecard lagi kat dashboard even risiko orang mengorat adalah  tinggi hahahahaktuih! so that boleh lah dia call ke apa if nak suruh alih kereta ke. kan? kan?

aku memang tak paham betul. seronok sangat ke buat orang macam tu? macam budak kecik je. aku rasa nak menangis sebab geram and sedih campur bengang. dalam hati dia mesti cakap:

"yess.padan muka. puas hati aku.bla...bla..bla". 

dia tak fikir ke orang nak balik pakai kereta tu. aku pon nasib baik lah ada ofismate aku time tu. kebetulan ada dekat situ jugak. cuba kalau tak de. nampaknya sampai malam lah aku tunggu dia alih kereta. so penyelesaiannya, aku hantar ofismate aku balik rumah dia, then aku bawa balik kereta dia ke rumah aku. nasib baik ada my ofismate.uwaaa.

malam tu lepas maghrib Elly datang tengok kereta aku and ada note berbunyi : "NO PARKING. PRIVATE PROPERTY. NO PARKING!"

memang typical Malay kan? busuk hati.sampai bila nak berubah.haish haish and haish lagi. sekian luahana hati saya. btw, thanks for reading this entry :)

*less than three <3 nbsp="" p="">











7 comments:

boni kacak said...

memang tak patut dia buat macam tu. bukan awak tak tinggal name card pun. haish.. macam2 manusia ni

Shahada Fauzi said...

eh2..ngek jugak org tu..dah kita tinggal namecard tu tak reti2 nak call ke tanya dulu..kalau saje2 nak parking takdenye tinggalkan nombor fon..haishhh..rasa macam nak menyumpah pulak..geram!

Erna Ana said...

sabar la sis. manusia ni mmg mcm2 ragam. ada ragam tu yg kita x sangka pun wujud jugaaakkkk rupanya org yg perangai cenggitu:")

Cik Nathrah said...

haa itulah pasalnye. nyirap je kan? hahaha

Norsharlinda said...

eeeeee geramnye! kalau dah perangai macam tu, mari calarkan kereta die haha

Atiqah Wadiah said...

sian nad..x consider langsung org tu..sabo jelah ye..lps ni jgn parking merata lg tau :p

Anonymous said...

ni kak nath kan? wahhh model skrgg hehehehe :)