Monday, April 22, 2013

Tudung aku tudung rahib gereja?

Assalamualaikum!

tempoh hari, for the first time aku menconfidentkan diri jadi model untuk satu butik muslimah ni. sebelum ni tak berapa nk confident. yelah, muka i dah lah tak comel mana. tapi ada hati nak jadi model pulak kan.sebelum ni memang banyak tawaran yang i terima. tapi i tolak mentah-mentah. ecewahh. statement mintak kaki kan. hahaha. tapi adalah jugak 3 4 butik yg ofer aku utk jadi model diorang. maklumlah, tutorial hana tajima i meletup-letup kat youtube gitu. ok statement takbur riak bongkak ya amat. hahaha. sila jangan sepak saya. saya hanyalah bergurau semena. :)

almost 2mil views :)

so, disebabkan tutorial suka-suka yg aku buat tu, maka dapatlah peluang untuk jadi model tu. alhamdulillah. tapi aku macam agak sedih jugak lah. sebab first produk yg aku pakai tu banyak menimbulkan kontrovesi. maklumlah, sekarang dekat facebook ramai orang share pasal tudung biarawati/sister gereja. and kebetulan juga tudung yg aku pakai tu seakan-akan menyerupai biarawati.


i felt so very unhappy lah kan. sebab aku pun tak perasan pulak benda ni before tu. sampai lah aku perasan ada ramai orang share pict kat atas nun. aku macam tak best lah sebab ye lah, tak mustahil nanti makin ramai share pict ni and bandingkan dengan tudung aku pakai tu. 




bila tengok lama-lama baru perasan macam banyak persamaan.cuma tudung yg aku pakai tu labuh menutup dada. aku macam tak best sangat. ye lah, terang-terang muka aku kan terjojol dalam gambar tu. cuma taik lalat siti nurhalija je dah hilang disebabkan photoshop melampau. nanti orang dok share gambar aku ni. so aku rasa bersalah yg amat. sampailah terniat nak bukak page Ustaz Azhar Idrus and nak tanya kat dia direct tapi confirm lah lambat reply kan. sebab aku rasa bersalah sangat. kira macam aku menggalakkan pulak org beli tudung ni padahal salah dari sisi agama.ye lah, nanti orang lain dapat dosa sebab pakai tudung ni.

so aku guna alternative lain. iaitu youtube pulak. then terjumpa video nie :




bila dengar hujah ustaz ni aku pun mampu tersenyum. amboi ayat novel gitu. aku legaaa sangat. sebab bak kata UIA tak salah pakai tudung macam tu, sebab kebetulan saja. dan aku jugak ada jumpa hadis ni beserta pendapat ulama' sekali :

Mengenai penyerupaan/ peniruan kepada orang kafir, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut “ (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).


Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/ penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang KHUSUS bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.


so, aku rasa aku lebih percaya pada kata ustaz and alim ulama'. kebanyakan kita mudah sangat terpengaruh dengan apa yg orang lain kongsikan dekat facebook. tanpa usul periksa. termasuk lah aku sekali. nampak orang tu share pasal tu, mulalah tangan ni gatal nak klik butang share jugak. padahal tak tahu sahih ke tak. ni dah kena kat batang hidung sendiri baru lah bagi pengajaran kat aku. padan muka. haha!

btw aku pun nak ucap thanks banyak lah pada mereka yg gigih komen or private msg aku utk menegur pasal hal ni. aku hargai sangat. tapi kecik hati sikit lah. hahaha! btw tegur tanda sayang kan.

pada sesiapa yg berminat nak beli tudung tu boleh lah visit Busana 1 Warisan ok. with that, thank you for reading this entry.

*less than three <3 font="">












16 comments:

eZmALiZa said...

i like this entry. manusia kat facebook ni mostly suka share benda2 yg belum tentu sahih. pantang silap, terus disalahkan. iluminati la.. freemason la.. itu la ini lahh...

kalau lah satu hari nnt, berus gigi tu dikatakan iluminati, abes kite semua nak gosok gg pakai apa? manusia tak pk sebelum klik button share tu.

anyway, good entry sis! ;)

mariatul_m0hamadiah said...

haahla. nampak byk mcm same. tapi takpe, tak sengaja dan hanya kebetulan, lepas ni, check sebelum terima ^_^ gud luck!

Cik Nathrah said...

ezmaliza: thanks sayanggg!! hehehe..

Mariatul: haa tu lahhh..bila ramai org share baru lah perasan. time posing sana posing sini tu tak perasan plak kennn. heee. thanks syg!

Shazwani Ramly said...

hampir sama tp tak sengaja so takpe lahh. lps ni kak natrah kena careful okayy :) wish you all the best.

Azmira Yusof said...

Niat kita memakai , bukan untuk menunjuk2 . Tapi orang facebook nie.pantang soal selidik dlu.
ape2 pun hati2 kak ,

Cik Nathrah said...

shazwani: thanks dear :)

azmira: tenkiu. yup mmg dah macam tu kan. sikap org melayu kan mmg malas nk selidik. mudah menghukum je.

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

cik hani said...

kalau niat nak menutup aurat tak apalah..

kalau kalau takut menyerupai kaum lain, maka boleh la menjauhi kalau tak yakin hukumnya kan..

yang penting, niat sebenar kita kan..

cik Nathrah..maju kehadapan selangkah sebagai model muslimah..

afiq said...

yang penting u dah selidik dulu.:) orang lain bercakap je.

Mysara Ab Rahman said...

sbb tu la pape kte kne selidik dlu..
kadang2 org ni suka mghentam je..
yg pntg kte dpt dari sumber yg sahih

TheThornyMe said...

Salam. boleh saya bagi cadangan? erm, mungkin adalah lebih baik sekiranya Cik Nathrah bawa persoalan ini terus pada ustaz/ah secara direct. saya rasa, penjelasan secara umum agak kurang membantu. Ustaz Azhar Idrus hanya menyampaikan kuliahnya secara umum supaya masyarakat dapat kefahaman basic mengenai Islam agar tak menyimpang jauh dari syariat Allah. tentang hukum hakam mengenai perkara spesifik, lebih baik diajukan secara terus kepada mereka yang berilmu. semoga kita tak ambil sebarang hukum secara sambil lewa. maafkan saya jika tersalah bicara. sesungguhnya saya tak berniat nak melukakan hati sesiapa.

salam perkenalan, salam ukhuwah.
(^_^)

Cik Nathrah said...

thethornyme: thanks for the cadanagn. tapi sy dah rujuk banyak forum dari ustza. rasanya dah memadai. untuk tambahan boleh la rujuk link ni : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-283174.html

semoga bermanfaat pd kita smua :)

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

boni kacak said...

itulah.. pandangan daripada orang alim ulama dorang taknak amik sebagai pengajaran tapi suka menjatuhkan hukum sendiri..

Anonymous said...

pakaian-pakaian orang fasiq (seperti
gaya berpakaian artis-artis Barat),
gaya-gaya rambut orang fasik dan
sebagainya.