Thursday, July 4, 2013

Bahaya WeChat

Assalamualaikum!

Zaman teknologi ni macam macam application dah ada kan. kalau dulu harapkan YM je. takpun kalau nak advance sikit, skype. tapi now ni, tak de maknanya semua tu dah. semua orang dah pakai smartphone. nak2 dengan ada rebate dari kerajaan. makin ramai lah bersmartphone. ye dok? so YM apa jadah tu tak lagi 'in' dah lah. sekarang dah ada whatsapp. we chat. and paling terbaru kakotalk. macam mana eja pun tak reti. tapi yg Yuna n kpop dok promote tu lah.

Nak dijadikan cerita  dua bulan lepas rumah Elly tak ada air. haa kau. betapa basinya cerita ni. tapi tak pelah i nak cerita jugak. haha. maklumlah KL bandaraya tercinta ni memang selalu benar ada masalah air. pelik kan. so dia pun datang tumpang mandi and berak dekat rumah aku. ok berak tu saja tambah. supaya saham Elly jatuh. hahaha. keji tak?after semua tu, kitorang pergilah makan dekat warung bawah rumah aku ni.

Sementara menunggu order sampai, aku pun duk ushalah wechat yg aku baru install kat hp aku.  maklumlah jakun. excitednya terlebih sikit. Elly yang ada depan mata pun sibuk aku nak walkie talkie. haha. then adalah satu function dekat wechat ni yg bernama 'look around'. aku pun klik lah. lepas tu keluarlah senarai nama nama and gambar2 mereka yg sedang 'look around' tu. apa yg besttnya, function ni akan detect org yg berhampiran dengan kita lah. 

Bila dah macam tu, berpusu-pusulah private msg (PM) yg send kat aku. maklum lah. org comel. hahaha. sila lempang aku sekarang. ok fine. tak delah. dah aku letak gambar konon comel.lepas tu guna camera 360 lagi, flawless gitu.mana tak ramai kan? tapi banyak yg PM aku semua muka mat2 rempit. tak selera mak. cuba muka macam aaron aziz ke confirm layan. haha. kidding!

flawless gitewwww! haha

Sebelah meja kitorang ada couple ni dengan sorang baby dalam umur setahun macam tu. aku tengok bapaknya punya lah baik. penyayang. mithali habis. suapkan anak dia. lap2 muka anak dia. anak dia comot dia cakap anonyonyonyo comelnyaaa anak daddy. yg mak nya pulak macam biasa2 je.kira macam buat dek  je la kat baby tu/ tapi aku diam je lah. tapi pelik sikit je. biasa mak yg over kan. ni terbalik. so lantak koranglah. bentak hatiku. wah gitu.


Tiba-tiba Elly whatsapp aku.

Elly:  "kak nat, perempuan tu bukan wife dia kan?"

Aku: "mana kak nat tau. kenapa?"

Elly: "Elly dengar dia cakap macam ni..'nasiblah kau dapat bapak gatal"

Aku:  "oh yeke? i tak dengar pun. hehe. lagi dia cakap apa?"

Elly  : Elly dengar perempuan tu cakap 'u keluar ni wife u tau tak'

Aku : Oh. kira skandal dia lah ni. kurang asam betul. patutlah caring semacam je dgn anak dia. nak tunjuk baik depan awek lettew.

Haa. see betapa hampehnya lelaki tu. apa kaitan dengan wechat pulak kan? haa. sedang aku duk usha wechat tu, tiba-tiba ada PM masuk.aku tengok gambar. tapi macam kenal. rupanya mamat yg sebelah meja kitorg ni duk PM aku. "hai boleh kenal?".aku pun tunjuk kat Elly untuk mengesahkan perkara tersebut. memang sah dia. ish ish. depan skandal pun sempat lagi dia. lepas tu buat muka tak ada apa2 berlaku pulak tu. tapi aku buat bodoh je lah. cepat2 habiskan makanan and blah. lama2 duduk kat situ meluat pulak.


So, pengajarannya wechat ni amatlah menggalakkan pasangan utk curang. bagi pendapat aku lah kan. ye lah,  kau just 'look around' then set masa and tempat je nak jumpa. sebab dekat. anytime je. tapi depends pada individu jugak kan. pandai jaga diri sudah. kan? tapi now aku dah uninstall dah wechat tu. sebab berat. jadi 'hang' hp aku. 

ok tu je nak cerita. till meet again in the next entry. kalau adalah. haha. bye!

*less than three* <3 p="">

30 comments:

Anonymous said...

tak nak hp hang pakai lah hp ram 2gb keatas cik kak oi~ note II ker S4 ker..hehe

Shahada Fauzi said...

eh2 suami orang tu..meh kak sha cepuk2 die..kurang asam punya laki!

Mysara Ab Rahman said...

tu yg bahaya...ada je org bukan2

Cik Nathrah said...

anon: haha. bak la duit cik adik oiiiiii!!

kak sha: bolehhh.hahaha. cepuk sampai lebam

Nurul Nad said...

geramnya lelaki macam ni. gatal sangatttttt!

Anonymous said...

Lelaki memang dasar gatal,tapi kalau perempuan/isteri yang curang memang dasar murahan.

Puteri Iqa Izyan said...

huwaaaaaa sakit hati pulak rase kat laki yg first tu. haishhhh.

tp wechat ni ni mmg bahaya jugak sbnrnye. kite pon ade jgk penah kene yang pelik2. huhuhu

Muhammad Isa said...

Salam

Ada email tak?sy ada benda nak tny pasal keje.terima kasih.

yuslina yunus said...

truk bebnr lki tu..buyuk prngai

Atiqah Wadiah said...

sy wechat dgn org yg penting je..yg x penting,boleh belahhh..haha

azyan zakaria said...

SO ! masing masing kalau tak nak pakwe mlepas . jangan biarkan die ber wechat .. tak bagus !!!!!

Azwanie Hisham said...

bahaya nih.. balik ni nak suh lakik uninstall ahh.. haha

Sirap Limau said...

haih, bahayanya... mmg byk dengar skandal2 nih.. tapi bab mat rempit tu mmg betul...

Anonymous said...

tunang gua putus ngan gua pn gara2 we chat la.. lahanat tol.. dia curang

WeChat Cinta said...

Cari cinta dgn WeChat di http://wechatcinta.com/, daftar secara percuma...

Anonymous said...

Bhy tu, we chat lily penah owg laki hntar gambr anu die..

Anonymous said...

takat berkawan tu boleh la.jgn sampai jatuh cinta.jgn percaya lelaki2 wechat.haha

Anonymous said...

Sy bersetuju bhw wechat mmg berbahaya,membazirkan msa,mudah ditipu..mane x nye status khwin leh jdi single..lebih parah dari ym lgi..bodoh sape y cipta aplikasi camni..

Anonymous said...

Truk gak la aplikasi wechat ni..sengal sape cipta benda ni..

naim iezariq said...

baru nk mntk wecht id .
hehehe

naim iezariq said...

baru nk mntk wecht id .
hehehe

Harun said...

CAntik yekk alhamdulliah--Tp pandai bab agama & memasak ke? Lullusan universiti tak berapa masalah itu perkara kedua, akan tetapi nak tanye tahu tak rukun Islam dan rukun iman serta perkara perkara yang membatalkan syahadah

Azlynna Lynn said...

Mmg pun wechat tempat utk skandal...laki yg umur yg hampir msuk kubur pun guna aplikasi wechat ni..apa nk jd dgn donia ni

Anonymous said...

skian 5thun, aku rasa aku dh cinta nga owner blog nie :)

finnan cike said...

5 tahun aku duk mcari.... dgn kuasa gmbr aku jatuh hati nga cik natrah <3

Adikchiek said...

Cam tu yee we Chat nie...tak privacy la klu cam tu....sye nie kaki whatsapp je... :-)

Rohana said...

Slm dok wk gpo

Anonymous said...

Isteri saya curang dgn laki lain gune wechat.. kita hampir2 dh nk cerai. tpi nasib baik Allah bgi saya sbr..

Blog Suami Isteri said...

Wechat ini mukadimah zina.. jauhilah

bingoX Ognib said...

add wechat CA_CW2016