Sunday, July 7, 2013

Kalau awak dah berubah jadi baik jangan pula menghina mereka yg masih leka

Assalamualaikum!

dalam facebook aku ramai sangat kawan. yg kenal rapat. kenal biasa-biasa je. tak kenal langsung pun ada. dan yg itu terpaling ramai dalam friendlist aku. aku jarang add orang. kecuali orang tu memang aku kenal atau pun orang tu memang sangat adorable sampai aku rasa nak stalk then baru aku add. hahaha. tapi kebanyakkannya memang aku approve je. terutama dulu time blog ni jadi rutin aku.  so ramai lah pembaca blog yg add. sekarang ni update sebulan sekali pun payah. by the way terima kasih korang. sekarang memang aku jarang approve org tak kenal. malas menyemakkan kepala dengan masalah org yg aku tak kenal.


daripada ramai-ramai kawan dekat facebook tu macam-macam jenis orang ada. putus dengan boyfren maki-maki. gaduh dengan kucing jiran pun update status. eh kucing pun nak gaduh ke?selipar jepun hilang pun update. kena ngorat dengan uncle parya pun update. seriously, aku agak kureng berkenaan dengan status yg suka memaki hamun ni. nak-nak org yg dia maki tu tak ada dalam friendlist dia. lagi lah haru. 


so kembali kepada tajuk di atas.ada juga yg dah berubah ke arah kebaikan. jadi manusia yg lebih baik disisi Allah. bagus sangat. tapi kadang-kadang aku rasa meluat jugak. bukan apa, dia dah berubah ke arah yg lagi baik tu, suka sangat pandang rendah pada org yg belum berubah ni. konon dah pakai tudung labuh, berniqab bagai dah kira mulia  and bagus sangat. orang yg tak pakai tudung labuh or tak bertudung langsung ni macam hina sangat di mata dia.

macam ni hina kot bg dia T_T

tapi sedar tak, dulu sebelum dapat hidayah dia pun dua kali lima je? sekarang bila dah berubah baik sikit, dah mula tak nak berkawan dengan org yg tak setanding dia. yg tak pakai tudung, jangan harap nak berkawan dengan dia. takut dia pun dapat dosa if terlike gambar perempuan tak bertudung tu. urghh! kenapalah cetek sangat pemikiran tu? orang-orang yg tak bertudung ni lah yg perlukan orang-orang yg baik. untuk bimbing mereka. dah kalau tak nak kawan dengan dia sebab dia tak bertudung, takkan nak biarkan dia hanyut macam tu. orang-orang yg baik macam dia lah yg patut bimbing kan? sedangakan ustaz azhar idrus pun ramai berkawan dengan artis-artis. untuk apa? untuk bimbing diorang. ini kita yg baru berubah ni senang-senang je nak menghukum tak tentu pasal.


bagi aku, hanya Allah je layak hukum hamba Dia. mana lah tau, hari ni kita tengok orang tu seksi gila, esok-esok bila jumpa balik tengok dia dah berniqab? hidayah tu Allah boleh bagi kat siapa-siapa je. termasuklah mereka yg paling jahat dalam dunia sekali pun. perogol bersiri ke. pembunuh bersiri ke. tetap if Allah nak bagi tu, bagi jugak.banyak sangat berlaku depan mata aku sendiri. terlalu banyak. malah lagi baik dari kita yg tak berapa nak seksi ni. so, please lah jgn mudah sangat letak hukum yg orang tu sah-sah masuk neraka. biar Allah je tentukan. ok?


Ramadhan nak dekat ni, sama-samalah kita perbetul diri sendiri sebelum nak menghukum org lain. ye dok? selamat berpuasa guyss! 


"aku tidak suka apa yg kamu buat pada hari ini. tapi aku tak nak menghukum kamu kerana esok mungkin kamu lebih baik daripada aku yg hari ni".

sekian wabillahhi wal taufiq wal hidayah wassalamuaalaikum warahmatullahi wabarokatuh. eceeeeh.

*less than three* <3 p="">






11 comments:

najwarahsiahatiatin said...

:) senyum cause agree with this

myraVea said...

Setuju sis! 'Hanya Allah saja layak hukum hamba Dia'. :)

Shahada Fauzi said...

semoga org yg dah berubah tu hatinya turut berubah menjadi lebih ikhlas..berubah bukan untuk menghentam org yg masih belum berubah..alahaiii..ada jugak org macam ni..huhu..

Shazwani Ramly said...

sangat setuju. thank you for sharing :)

boni kacak said...

sayasetuju.. kita ni manusia mana ada hak untuk menghukum manusia yang lain, hanya Allah saja yang ada hak untuk menjatuhkan hukuman kepada hambaNYA.

Cik Nathrah said...

hehe..manusia tu masuk syurga dgn pelbagai cara. pernah baca pasal pelacur tolong anjing tersepit then Allah masukkan dia ke syurga? so jgn pandai2 menghukum. biar Allah je tentukan :)

Ihsan Arifin said...

yang baik itu jua dahulunya ada sejarah silamnya.

say alhamdulillah thank you allah.

Anonymous said...

Sgt seronok ur blog..xde story bru?sye slalu bce blog awk...

E'in said...

ein plak bile nak berubah nie... :(

Cik tiQQ said...

akak ! setuju sanggattttt . Walaupun saya pernah sekolah agama tapi tak bermakna kena pakai niqab ke tudung labuh . simple2 sudah lah. janji tak langgar perintah Allah . opsss, pjg lah pulakk..heeehee

Anonymous said...

Cik nat. Acane nk jd fren awk? Ade fb ke wecat ke pape? Bab ase kagum ngn penulisan awk. Ewah. Ag 1 bab awk cntek. Hoho ikhlas n beraninye saia ! >…<