Saturday, August 3, 2013

Oh abang polisi!

Assalamualaikum!

Kerja sebagai seorang valuer ni memang menyebabkan aku selalu travel sini sana. kelmarin, aku terpaksa outstation ke Penang. biasa kalau dapat kes outstation hati akan melonjak gembira. tapi kali ni hanya keluhan berat je yg terpacul dari bibir mugil aku. mugil keee. muncung adalah. hahaha.bayangkan kena siapkan report dalam 2 hari saja. dah lah mood nak kerja tu memang dah hilang. maklumlah, tinggal seminggu je nak raya. dapat kes time-time macam ni memang spoil habis la. bengkek je bila dapat tahu. haha.


Nak dijadikan cerita, aku pergi Penang kali ni dengan kawan aku, Dina. saja ajak dia teman. sebab aku ni jenis clumsy sikit. mudah gelabah. and agak manja. euww. so nak pegi sorang tu memang kena kental sikit. dah tu, pujuk dina supaya ambil MC so dapatlah teman aku. muahaha.


Kitorang gerak dari Ipoh.sampai dekat satu traffic light ni, ada polis tengah buat check up. aku buat cool je lah. sebab aku memang pemandu berhemah sentiasa. tak pernah kena saman lagi. tapi malang tak berbau. tiba-tiba polis trafik tu tiup wisel sambil tangan dia menghala ke arah kereta aku agar ke tepi.

Dina: Nath, kenapa ni. takut lah.apa salah kita?

Aku: Ala, rileks la, kita takde buat apa salah. berani kerana benar. cewah.

Selesai parking kereta kat bahu jalan, aku pun turunkan cermin. sambil melirik manja pada abang polis tu. eh bukan abang. pakcik polis..dengan harapan beliau akan tergoda lalu lepaskan kitorg tanpa banyak bunyik. tapi pakcik tu langsung tak tergoda. maybe aku kena pakai contact lens kaler biru mungkin. dah muka polis tu ketat je pandang aku. cuak jugak. padahal tadi berani kerana benar lah sangat kan.

Pakcik polis : minta lesen cik?

Aku: (sambil hulur lesen) apa salah saya encik?

Pakcik polis: Mana awak dapat lesen? macam mana awak bawak kereta?

Aku: Saya pergi kelas memandu lah. 

errrr.baru perasan bertapa bendul aku ni. pakcik tu still muka ketat. tak senyum langsung.


Pakcik polis: Awak tahu kan awak salah lorong?

Aku blur kejap. sebab memang tak perasan langsung aku salah lorong. muka aku terpinga-pinga sangat time tu. tertanya-tanya bila pulak dah aku salah lorong ni. rasa macam betul je.

Pakcik polis: Awak nak pergi straight kan. tapi kenapa awak masuk lorong kanan tu. awak nampak kan anak panah tu tunjuk ke kanan.

Aku: Oh. saya bukan orang sini encik. saya dari KL. tak biasa jalan sini. saya tengah cari nama taman. saya ngaku salah encik. tapi jangan lah saman saya, saya minta maaf.

sepatutnya aku kena amik tengah lah. tapi aku ambik lane paling kanan macam dalam gambar ni. 


Dina: ye encik. kami bukan orang sini. tolonglah encik.

Pakcik polis: mana adil macam ni. orang lain semua saya saman. kenapa awak saya tak saman. bagi alasan munasabah.

Aku: Sorry sangat encik. tolonglah. saya takde duit nak bayar saman ni. nak raya lagi. baru renew insurans lagi. 

Pakcik polis: itu masalah awak. saya penat kerja tengah-tengah panas ni.

Aku: saya pon kerja tengah panas tadi encik. kita sama-sama kerja.

Dina: ye encik, bulan2 puasa ni. tak elok macam ni.

Pakcik polis: saya bagi awak tempoh 2 bulan untuk setelkan saman ni.

Aku: ala encik. saya takde duit nak bayar. dah lah baru grade. nak raya ni banyak pakai duit. nak bagi parents lagi. PTPTN lagi.

Pakcik polis: takkan awak tak tahu undang-undang. awak tak layak dapat lesen tau.

uih. sentap mak noks dengar pakcik tu cakap macam tu.

Aku: saya tahu. saya betul2 tak perasan encik. saya memang tengah cari nama taman tu tadi. kerja saya ni memang kena macam ni.kena tengok sekeliling.

Pakcik polis: sebab macam ni lah boleh jadi kemalangan tau.

huii. penat gila kitorang duk pujuk pakcik polis ni. sampai semua kereta yg kena tahan kat belakang kitorang dah tak ada. maybe diorang redha je kot kena saman. tapi aku selagi boleh merayu selagi tu aku cuba. sayang lah RM150 bagi free kat government. last-last orang lain dapat bonus. eh?

dekat 15 minit pung pang pung pangg dengan pakcik polis tu. sikit lagi nak nangis. penat asyik ulang benda yg sama. yang aku bukan orang sana. tak pernah lalu situ. tak biasa jalan situ. nampak keras hati sangat dah. lama-lama aku pun macam dah redha je lah kena saman. tapi last-last dia boleh cakap

Pakcik polis: padan muka kena dera!

habis je dia cakap ayat tu, dia terus blah. hahahha. siot gila.

Aku: terima kasih encikkkkkk!!!!



fuh. serius memang lega ya amat. mungkin seba tak sampai hati tengok muka aku macam pasrah nak nangis je.baru terbayang 3 helai duit rm50 tengah ready dekat departure bersedia untuk berlepas. . heee. alhamdulillah. tapi lepas pada tu, aku jadi macam agak berhati-hati lah. nampak je ada traffic light mesti aku amik lane tengah. nampak polis je terus berderau. cuak. hahha. ok,sekian cerita di malam hari.

thanks dina and yuyu teman i :)

nota kaki: tengah bertungkus lumus siapkan report. kalau tak terpaksa lambat balik kampung. doakan ye?

*less than three <3 nbsp="">






9 comments:

myraVea said...

Hehe. Sampai hati paccik polis dera akak sorang ni. Jom dera balik! Hihi

Selamat berbuka kak. :)

Shahada Fauzi said...

datang penang tak roger akak pun! merajuk! :P


hahaha..tak tau nak simpati ke nak gelak..rasanya nak gelak je la..hahahahaha...

Pupel Liyana2 said...

marahnye bab ayat orang lain dapat bonus.. :( kita keje gov kita byar saman, bayar tax dll juga.. bonus tu apa lah sangat.. tapi alhamdulilah ada walau cuma 500, nak bandingkan swasta 1 bulan keatas. time3 raya ni dapat la bantu beli apa yang patut lebih3 lagi kluarga yang anak ramai dan kurang berkemampuan terdiri daripada kerani, pembantu am pejabat dll rata2 basic bawah 2000, bawah 1000. yang dapat pon gred rendah macam kami je.. sentap pulak. bye.

Cik Nathrah said...

myravea: heee selamat hari raya syg

kak sha: alaaa..lupaaa nk rogerr.lagipon kelam kabut.hehe


pupel liyana: heee. jgn la buttthurt sgt dear. itu bukan ayat marah. itu ayat org dengki x dpt bonus. hahaa. jgn sentap2 ye :)

Fynaz Shamz said...

huhu ..jgn risau .. polis peneng baik2 belaka .. kadang2 kne inteview smpai stgh jam tp tkde hape pong :D

risman alfarizi said...

hai cik saya dari indonesia. Boleh minta facebook nya?

risman alfarizi said...

hai cik saya dari indonesia. Boleh minta facebook nya?

risman alfarizi said...

hai cik saya dari indonesia. Boleh minta facebook nya?

Lia3003 said...

it means that, pakcik polis tu adil.. dia x pandang semua tu. undang2 tetap undang2. lihat dari sudut yang positif ok...

salam kenal;