Monday, October 28, 2013

Budak-budak sememangnya jujur

Assalamualaikum!

Last raya korban haritu, macam biasa aku akan balik kampung dekat tapah, perak. of course lah untuk menyambut lebaran yg kian tiba. ceh padahal takde orang tanya pon kan ko buat apa balik kampung. haha.kali ni aku drive sorang je. tanpa teman. hanya ditemani lagu-lagu yg diputarkan di radio dan juga suara merdu sang bayu. wahh gituuuu kan.

perjalanan dari KL ke tapah mengambil masa lebih kurang sejam setengah. dengan kelajuan maksimum 130km/j dan kadang kala 110km/j bila nampak signboard "zon perangkap had laju" aku pun berjaya sampai dengan selamat dekat kampung. kereta aku mampu pergi laju tu je. maklumlah naik viva da lova je. kang bawak 180km/j tengok2 tayar dah takde. kan haru jadinya.

penulis bergambar dengan kereta viva da lovanya. eceh utusan malaysia shangatt. macam cantik je.macam cantik je.macam comel jewww. ;p

sesampainya dekat rumah opah, aku bersalaman dengan sedara mara yg ada. tak kurang jugak budak-budak kecik yg memanggil2 nama aku "kak terahh. kak terahh dah balik woi". cis tak glamer langsung nama. cubalah panggil kak natty ke. kak lisa surihani ke. barulah market. jatuh imej i sebagai blogger picisan ni tau adik-adik.


adik-beradik mak aku ramai. ada 13 org semuanya. mak aku anak nombor 2. so ramailah kazen-kazen yg kecik2 lagi. bila raya ke apa, memang penuh rumah opah aku. meriah. budak-budak ni apa lagi, belum sempat aku melabuhkan bontot diorang dah tarik2 tangan aku ajak pergi 7-eleven. nak beli slurpy katanyaa. cis kek betul. kat tapah ni 7-eleven lah yg paling glamour selain TF Value Mart. hahahaha. macam-macam alasan aku bagi untuk mengelak dari kena paw. tapi tak lut. last-last aku pun bawak diorang. penuh satu kereta.

family besar aku. last raya :)
sebaik je aku parking kereta, berpusu-pusu bebudak ni lari ke arah 7-eleven. konon kalau lambat slurpy tu habis lah. abang hensem dalam 7-eleven tu senyum-senyum je kat aku. aku pon untuk cover malu dan supaya nampak keibuan cakap "biasalah bang. budak-budak". pergh. hebat lakonan aku. haha. terus abang tu mintak nombor phone. ok tipu je. abang tu pandang sebelah mata pon tak. fine. dalam hati. haha.


bila dah dapat apa yg dorang nak masing-masing sunyum sampai telinga juga. tetiba aku dengar sorang bisik-bisik "ok,..nanti kita bilang satu dua tigaa...kita cakap terima kasih kak terah..tau tau". aku senyum je. dan sesaat lepas tu bergemalah suara diorang mengucapkan " terima kasih kak terahhhhh". aku macam terharu sikit lah.kan kan. pastu diorang cakap "kak terah baik. dah lah cantik. maniss je muka". jujur sangat kan? hahaha. ok fine. aku tahu diorang bodek. kalau tak harammm lah nak puji cenggitu.

jangan terpedaya dgn mula innocent mereka. tukang pau berjaya di abad ini


sampai je umah, aku lepak depan tibi. tiba-tiba anak buah aku dalam umur 5 tahun nama Azim datang kat aku. duduk atas riba. Azim memang suka dengan perempuan. terutamanya yg comel mcm aku. hahaha. perasan,tiba-tiba dia tanya " akak...baju akak ni tulis apa". aku jawab "i love Sabah". Azim pon cakap.. "oh...".sambil pegang-pegang tulisan dekat baju tu. tiba-tiba sedang aku kusyuk mengahayati jiwang cerita Love u Mr. Arrogant tu Azim cakap "akak..dalam perut akak ada baby ke?". dunia aku bagai gelap gelita. kilat sabung-menyabung. bagai halilintar. damnnnnn!! moral down aku. terus masuk bilik semayang dan minta petunjuk untuk tenangkan hati. hahaha. drama. adik please jangan jujur sangat boleh? grrrrr.

Azim dan kakaknya
sejak hari itu, aku berazam untuk meneruskan cita-cita aku untuk berjoging. 3 kali seminggu. 20 minit setiap sesi. tapi tapi hingga ke saat ini...ok sambung sendiri. bye!



*less than three <3 p="">












18 comments:

Shahada Fauzi said...

hahahahaha..meh akak tolong sambung ayat dak Azim tu..

"kak terah dah berapa bulan dah ni?"


hahahaha..aduhai..bebudak.. sabo je la nath oi.. :P

Anonymous said...

Lol

Cik tiQQ said...

HAHAHA , lawak =) comel :*

Cik Eka said...

hahahaa eka pun penah kene gitu.

Dalam perut kaklong ade baby ke. hahahahahahaha

dahla masa tu lepas makan. mmg nampak kebunccccccitan nya. hahahahaha

*kite selalu gak gi tapah, selalu la g TF tu pegi beli barang dapo.

Cik Nathrah said...

shahada: ciiissss kak shaaa!!! nampak sangat perut i buncittttt :(((


cik tiqq: comel kann. sama macam perut i. wuwuwuwu

Anim Daim said...

ahaks.....
pas nie jangan lupa joging ajak anak2 buah 2 p jog sekali..hehehheheh
papaer pown semoga berjaya mengemppiskan perot...

Aya Zuki said...

hahaha adoiii..budak2 macam2 keletah.. tp mencuit hati..

kak natrah suka makan selang seli dengan air x?
tips xnak buncit jangan minum air selang dengan makan..lepas makan tunggu 30 minit paling kurang baru minum..mesti x buncit punya..aya amalkan macam tula.. kalau akak selang minum sambil makan confirm buncit..macam kawan aya ramai jadi macam tu..mereka kurus jee tp perut buncit.hihi


^_^

Cik Nathrah said...

cik eka: patutlah penuh TF tu. org slim river pon sebokkk ;p


anim daim:hahaha. akan dipertimbgkan idea tersebut.

aya zuki: ha ah.salu minum ngn air. pedas sket je minum. hahaha. thanks for the tips :)

Shazwani Ramly said...

hahaha okay sangat kelakar cerita kali ni. best woo baca. btw kak natrah selim melim je wani tgk. kakakaka

Kamiela Hasmi said...

kak nath, cuba amalkan losyen mustajab pati halia..sapu kat perut tyme nak tido..insha Allah..btw, syiok nye tengok pict big family akak..cantikk..mesti meriah sesangat kan..jeles nyee..huhuuuu

Cik Nathrah said...

Shazwani : mmg kelakar tp dalam hati ckp nasib baik ko budak kecik.kalau tak....hahhaa

Kamiela : ooh berkesan benda tu?heee bestt n meriah.alaa jgn jeles2 nnti awk beranak ramai2 mcm opah akak ekk.

azyan zakaria said...

hahaha .. ramai anak buah , tapi tulaa yang seronok nye bila raya .. raya tak bermakna kalau xde nie semua

syahira ariff said...

hahaha kelakarlah akak!
ya Allah kita pun sama
kalau ader lelaki hensem ker tgh tgk, kita pun terotomatik bajet jadi penyayang dkt budak budak
padahal...
*kontrol semata*
kahkah

Hennyza Faisal said...

Assalamualaikum...
Hi Eny ada buat contest kat blog..feel free to join the contest ...
http://www.hennyzafaisal.com/2014/01/blog-sharing-contest-with-victoria.html

fndrocka said...

kahkahkahkakha…kekokokokokoko

Nur Aliyah Syofia said...

salam :-) done follow u from http://aliyahsyofia.blogspot.com/. ade masa singgahlah^^

fikiranterbuka said...

This is soooo shit

Cik YouMe said...

aha. budak2 mcm tu la. btw, follow my blog please. tq :)