Thursday, October 3, 2013

Inilah sebab aku kedekut kalau menderma

Assalamualaikum!

Stay dekat KL ni memang memerlukan duit yang banyak dan gaji yg cukup. itu sebab bila kerajaan nak naikkan minyak aku rasa nak naik minyak jugak. rasa nak pergi bom rumah menteri-menteri yg tak faham nasib rakyat yg serba kekurangan ni.kalau minyak naik banyak mana pun tapi gaji seiring dengan kenaikan minyak tu takpelah jugak kennn. okay sorry. emo lebih pulak. haha.

So far, aku dah 2 tahun lebih stay dekat KL mencari rezeki yg halal. before ni belajar dekat UiTM shah alam tak rasa macam stay kat bandar pun. lagipun tak cari duit sendiri lagi. harap duit PTPTN je. bila dah kerja barulah tau susahnyaaa nak carik duit. hukhuk.

Lagi satu, kalau stay dekat KL ni kalau makan kat luar, mesti kena spare at least singgit untuk derma kat org buta jual tissue. or makcik jual kerepek ubi. or bangla jual surah yasin. or pakistan jual cincin batu permata. sebab aku memang mudah kesian dekat org. nak2 muka org tu memang muka kesian. lagilahhhh kesian. lagilah buat aku rasa nak sedekah sikit. tapi kalau dah 3 4 kali asyik orang datang minta derma sekaligus rasa menyirap jugak.

Nak dijadikan cerita, sebab satu benda ni sekarang aku macam berkira sikit kalau nak menderma. eh bukan tak ikhlas. insha Allah ikhlas.cerita ni jadi dalam 3 bulan lepas kalau tak silap aku. well aku memang suka cerita benda yg dah basi. kalau cerita ni sejenis makanan confirm dah berkulat. hahaha. 

Okay cerita dia macam ni, masa tu payday untuk bulan July kalau tak silap. aku macam biasa bila dah dapat gaji akan ke bank untuk bayar kereta. waktu tu hari malam sikit dalam pukul 9. masa aku on the way jalan ke bank tu aku berselisih dengan abang buta dan tukang pimpin. aku pun sempat jeling kat abang buta tu. apa yg buat aku terkejut, abang tu pun tengah pandang aku. maybe sebab aku comel sangat then dia pandang. eh? hahaha. baru nak feeling2 hot aku baru terfikir, bukan dia buta ke. then aku pandang dia lagi, bila dia perasan aku pandang dia, dia terus tutup balik mata dia dan buat-buat buta. aku pun cisss dalam hati. menipu.

Then aku malas nak endah sangat lah. lantak lah. itu urusan kau dengan Tuhan kan. cari duit dengan menipu. apa hukumnya?  pandai-pandai sendiri pikir. lepas aku bayar duit kereta aku pun pergilah kat tempat aku parking kereta tadi. rupanya abang buta tu tengah tunggu teksi. tapi masa tu dia dah tak pura-pura buta dah. dia dengan selamber hisap rokok dengan gaya ala-ala machonya. hurm. aku pun kesal sikitlah. eceh. kesal.

walaupun mulut itik tu patutnya tak perlu and orang selalu annoyed tapi at least pakai lah glass kot ye nak menipu pon. ye dok?


So lepas dari tu aku macam kedekut sikit kalau nak bagi sedekah kat org. selalu aku bagi dekat makcik yg jual kerepek ke. yg tissue2 aku malas sikit nak layan. bukan apa, kat kedai kan ada tissue free, why pay?at least beli kerepek tu dapat jugak makan sambil tengok sin chan. ye dok? lagipun aku rasa mesti orang yg mintak sedekah ni lagi kaya dari aku. sehari RM100 pun dah gaji lagi banyak dari aku yg makan gaji ni. T_T.

 Last pesanan, tak kisah lah dia menipu ke apa, yg penting kalau derma tu kena ikhlas. tapi bila dah jadi mcam aku yg mcam ragu-ragu ni, jadi tak ikhlas pulak.so dermalah pada mereka yg betul-betul memerlukan. okay sayangs?  

p/s: i dah ada instagram. bolehlah follow memandangkan blog ini umpama hidup segan mati tak mahu. search nathrahkhai. eh terpromote pulak. eh suka hati lah. blog aku. haha. peace :)


*keepless than three <3 guys.="" p="">






9 comments:

Aya Zuki said...

hahaha yeayy kak natrah hapdet.lama menanti..
haa tau xpa..kat jitra tmpat saya study tu pun tempt yg sama hari2 pacik tu datang mintak derma untukk yayasan blablabla..adeh..kita pun sengkek jugak. awal2 tu kesian juak..tp eh ni hari2 mintak derma..kalau dah 3 tahun hari2 dia datang mintak..x cukup lagi ke untuk 'yayasan' dia tu? T.T

Shazwani Ramly said...

setujuuu. kdg kdg bila dh ragu ragu mmg jadi tk ikhlas. nk derma pn kena tgk cemana org tu. -.-

Cik Nathrah said...

AYA ZUKI: so sweettt. ingtkan dah takde org tunggu entry akak..hahaha...tau takpe menyirap je kannn.


SHAZWANI: kan kalau nk derma kena ikhlas baru dapat pahala gitu :)

Aisha Zaid said...

akak cantek! hehe. lame tunggu entry baru dari akak. hehe. btw, dah request follow akak on ig. ;)

Cik Nathrah said...

aisha zaid: hee thanks dear..dah approve :)

EZAN IDMA said...

sama la kita! kesian dengan orang orang yang mintak sedekah ni. sedih je kalau tak bagi

Shahada Fauzi said...

takpe lah adikku..itu urusan die dgn Allah..tapi boleh tahan hampeh jugak brader nyamar buta tu..die buat kita ragu2 dengan orang buta yg lain..ciskek betul!

alaaaa..kaksha takde IG..maleh nak register..tak rajin nak tangkap gambo..huk3..

kingstyle said...

Kedekut bersebab tk pe,kadang2 sya turun kl byak sgt sdiket yg mengunakan kanak2 orang buta,kesian tengok,pernah sekali sya bagi derma kt seorang perempuan sekali dia tarik lengan dia mak oii gelang mas punya tebal,huh orang mcm ni pun ada?

Cik Nathrah said...

ezan idma: kannn..sbb tak tau mana betul2 ke tak..nak2 kalau makcik2 ke yg jual kopok lagiii kesian tgk dia angkut beg plastik berat2 besar..



kak sha: hahaha. kak sha buat lah IG!!!


kingstyle: ooo saya rasa tu gelang emas celup kot. haha.positif tak?