Monday, April 22, 2013

Tudung aku tudung rahib gereja?

Assalamualaikum!

tempoh hari, for the first time aku menconfidentkan diri jadi model untuk satu butik muslimah ni. sebelum ni tak berapa nk confident. yelah, muka i dah lah tak comel mana. tapi ada hati nak jadi model pulak kan.sebelum ni memang banyak tawaran yang i terima. tapi i tolak mentah-mentah. ecewahh. statement mintak kaki kan. hahaha. tapi adalah jugak 3 4 butik yg ofer aku utk jadi model diorang. maklumlah, tutorial hana tajima i meletup-letup kat youtube gitu. ok statement takbur riak bongkak ya amat. hahaha. sila jangan sepak saya. saya hanyalah bergurau semena. :)

almost 2mil views :)

so, disebabkan tutorial suka-suka yg aku buat tu, maka dapatlah peluang untuk jadi model tu. alhamdulillah. tapi aku macam agak sedih jugak lah. sebab first produk yg aku pakai tu banyak menimbulkan kontrovesi. maklumlah, sekarang dekat facebook ramai orang share pasal tudung biarawati/sister gereja. and kebetulan juga tudung yg aku pakai tu seakan-akan menyerupai biarawati.


i felt so very unhappy lah kan. sebab aku pun tak perasan pulak benda ni before tu. sampai lah aku perasan ada ramai orang share pict kat atas nun. aku macam tak best lah sebab ye lah, tak mustahil nanti makin ramai share pict ni and bandingkan dengan tudung aku pakai tu. 




bila tengok lama-lama baru perasan macam banyak persamaan.cuma tudung yg aku pakai tu labuh menutup dada. aku macam tak best sangat. ye lah, terang-terang muka aku kan terjojol dalam gambar tu. cuma taik lalat siti nurhalija je dah hilang disebabkan photoshop melampau. nanti orang dok share gambar aku ni. so aku rasa bersalah yg amat. sampailah terniat nak bukak page Ustaz Azhar Idrus and nak tanya kat dia direct tapi confirm lah lambat reply kan. sebab aku rasa bersalah sangat. kira macam aku menggalakkan pulak org beli tudung ni padahal salah dari sisi agama.ye lah, nanti orang lain dapat dosa sebab pakai tudung ni.

so aku guna alternative lain. iaitu youtube pulak. then terjumpa video nie :




bila dengar hujah ustaz ni aku pun mampu tersenyum. amboi ayat novel gitu. aku legaaa sangat. sebab bak kata UIA tak salah pakai tudung macam tu, sebab kebetulan saja. dan aku jugak ada jumpa hadis ni beserta pendapat ulama' sekali :

Mengenai penyerupaan/ peniruan kepada orang kafir, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut “ (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).


Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/ penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang KHUSUS bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.


so, aku rasa aku lebih percaya pada kata ustaz and alim ulama'. kebanyakan kita mudah sangat terpengaruh dengan apa yg orang lain kongsikan dekat facebook. tanpa usul periksa. termasuk lah aku sekali. nampak orang tu share pasal tu, mulalah tangan ni gatal nak klik butang share jugak. padahal tak tahu sahih ke tak. ni dah kena kat batang hidung sendiri baru lah bagi pengajaran kat aku. padan muka. haha!

btw aku pun nak ucap thanks banyak lah pada mereka yg gigih komen or private msg aku utk menegur pasal hal ni. aku hargai sangat. tapi kecik hati sikit lah. hahaha! btw tegur tanda sayang kan.

pada sesiapa yg berminat nak beli tudung tu boleh lah visit Busana 1 Warisan ok. with that, thank you for reading this entry.

*less than three <3 font="">