Sunday, April 6, 2014

Happy 60th Birthday Mak!

Assalamualaikum!

Ok, Ini entry pertama aku untuk tahun 2014. Haha. Dah bulan April dah woi. Aku pun lupa tentang kewujudan blog ni kadang-kadang. Macam bukan kadang-kadang je. Selalu kot. Betul lah bak kata pepatah. Habis madu sepah dibuang. Actually sepah tu menatang apa pun aku tak tau. Kalau Sepah raja lawak tau lah. Kesian.

So, setelah beberapa bulan blog ni tak berupdate aku nak bagitau korang yg azam aku untuk kurus dekat entry sebelum ni hanya tinggal harapan. Bukan apa. Disebabkan aku comel sangat, bila joging sorang-sorang ditepi tasik bertemankan burung-burung berkicauan, tiba-tiba dengar suara sumbang mat-mat rempit "hai kak..sorang je. teman bolehh?" Cewah. Bajet muka macam miss universe semua orang nak ngorat. Haha. Tipu je. Padahal diri sendiri yg malas. Ini lah dia. Tak pasal-pasal mat rempit dapat nama.

Titew raseww mcm tak comel jewww. (Gamba saje taruk nak mintak puji)

Actually hari ni birthday mak. Tadi aku call dia nak wish birthday. Rupanya dia pun lupa hari ni birthday dia. Alololo comel mak aku. Tahun ni umur mak dah 60 tahun. Sepatutnya masa sekarang kebanyakan orang dah bergolek dengan cucu. Takpe mak, yg penting mak ada anak gadis yg comel macam kakak. Setaraf dengan bayi comel yg ada. Haha.Tahun ni sahaja dah beratus kali mak tanya pasal kawin. Errr itu aku serah pada Allah. Doakan aku dapat jodoh yg baik-baik ye.

Mak aku jenis suka membebel. Kadang-kadang hati ni rasa tersiat-siat bila dengar dia cakap oe bebel. Dia jenis takde nak cover line punya. Takde nak jaga hati punya. Kalau dia rasa nak cakap, dia cakap. Tapi lama lepas tu dia akan rasa bersalah.

So tadi aku wish birthday dia. Last sekali aku cakap " i love u mak". Mak aku pun cakap "love u too". Serius perkataan " i love u" tu such a magical word. Cewah. Sebab dari kecik aku memang tak dibiasakan cakap macam tu. So bila dah tua bangka baru nak cakap cenggitu rasa kekok. Tapi bila dah cakap tu tetiba blushing and rasa happy. Lepas ni nak praktik banyak-banyak. :)

Lagi satu mak aku ni jenis yang tak suka ambil gamba. Memang sangat kontra dengan anak gadis dia yg sorang ni. Katanya, muka sama je hari-hari. Buat apa ambil gamba banyak. Mak tak lawa. Buruk lah muka mak. Tapi, satu benda je mak kena tau, kalau mak tak lawa macam mana mak boleh dapat anak yg tersangat lawa ni. Haa. Dah tentu-tentulah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Ye dak? Hahahaha.

Haaa tengok tu. muka kena paksa. Haha
Ok dah cukuplah nak perasan. Kang ada yg muntah hijau depan sematt pong masing-masing. Maklumlah, sekarang semua pakai iPong. Samseng. Lepas tu bila jumpa kengkawan pun sibuk dengan phone masing-maasing. Mohon sesiapa yg tengah baca blog aku ni, kalau tengah lepak dengan kengkawan or sedara mara mohon teruskan pembacaan. Eh. Hahaha.

Even mak aku tak kan baca blog ni, tapi aku harap coretan aku ni dapat jadi kenangan utk masa akan datang. Mak aku bukak laptop pun tak reti. Inikan nak search blog aku. Dah la lama tak update. Hehe.



"Ya Allah, panjangkan lah umur ibuku. Berikanlah dia kesihatan yang baik. Sayangilah dia. Lindungilah dia. Murahkan rezeki dia. Janganlah Kau ambil dia sebelum aku puas berbakti padanya. Amin"

KAKAK SAYANG MAK. HAPPY 60th BIRTHDAY MAK!

With that, i thank you :)

*less than three <3 nbsp="">








9 comments:

Aya Zuki said...

haha comel je akak..
selaat hari lahir katmak akak jugak..all the best dunia akhirat.amin :)

Cik Puan Eka said...

Happy bday mak hehehehe

Mak eka pun tak suka amek gambar. Jenuh memujuk kalau nak bergambar bersama hehehe

Cik Nathrah said...

@aya zuki thanks aya comel! Hehe

@cik puan eka amboii. Dah ada puan lah nama dia. Hehe. Haa mak kita mmg sama lah kalau cenggitu. Gimme 5!

Jamil bin Abu said...

Janganlah stop blogging.
Seronok baca.

Cik Nathrah said...

@jamil bin abu insyaAllah kalau dipanjangkan umur and kalau rajin.haha.btw thanks for reading my blog ;)

1 said...

mmg seronok weh..

mia said...

Assalamualaikum kak. Saya teringin sngat nk tanya. Akak pkai produk apa? Halusnyaa mukaaa

PR!NCeSS SM!LE said...

wah licin nya muka dy..pkai produk ap yer skrg ni..hehee

Uji78 said...

Cantik nya cik natrah. Perempuan melayu terakhir..