Saturday, November 22, 2014

Jagalah sikit perasaan orang,boleh kan?

Assalamualaikum!

ok sekali baca tajuk mesti korang tertanya, "cik nathrah ni dah kenapa. sentap dengan siapa lah agaknya tu". lalu terus bukak link yang aku share untuk mengetahui kisah selanjutnya. maklumlah typical malay memang lah begitu. bab-bab hal orang ni nombor satu. suka benar bercerita hal orang. ish ish ish. eh macam cakap depan cermin pulak. haha. 

sekian lama tak berupdate, gelaran 'cik nathrah' tu masih lagi aku pegang, bila agaknya nak dapat title puan aku pun tak tau. rahsia ALLAH (baca dengan qalqalah). banyak benda berlaku selama ni tapi malas nak update je. sejak-sejak blogging ni dah tak jadi trend makin malas la pulak aku nak update. karang penat je update tapi takde orang nak baca pun. sedih. lalu menangis tepi bucu katil lah jawabnya. 

back to topic, bila umur di hujung 26 tahun ni memang ramai sangat kawan-kawan sebaya or yang lagi muda dah berkahwin dan juga ada anak. sumpah aku kadang-kadang jeles jugak. tapi tu lah. biarkan je la kan. nanti main candy crush hilang lah perasaan jeles tu. haha.

bakal berumur 27 tahun, 2015.

before orang tanya, 'cik nathrah pakai skincare apa. kulit cantik etc' meh aku jawab sesiap. aku pakai camera 360 je. *flip tudung. hahaha.

sebelum tu, maaf kalau entry aku ni buatkan ada yang terasa ye. ini pandangan aku je. kalau tak setuju boleh komen sebagai anonymous. ok?  bila cerita pasal anak, semua orang tau setiap pasangan yg berkahwin memang nak anak. sebelum kawin pun siap dah plan nak anak perempuan 10 anak laki 20. nama pun dah siap cari dalam himpunan nama islam. nak letak alisya ke. lara alana. or jemaima. (nampak sangat suka stalk instagerem retis). 

so bila dah bertahun kawin tapi still belum ada anak adalah satu tamparan hebat lah. (kot). sebab aku pun belum kawin. so tak tau feeling dia macam mana. aku bercakap melalui orang mengadu kat aku je. lagi sedih bila orang yg kawin lambat dari dia dah pregnant. lagi parah bila orang yg dah pregnant tu share gamba 'pregnancy test' tu. mana taknya, yg dia asyik negatif je. 

memang tak dinafikan, kadang-kadang kita tak berniat langsung nak show off ke apa ke. cuma nak kongsi berita gembira dengan orang lain. takkan lah salah jugak. memang tak salah tapi kadang-kadang tanpa kita sedar ada yg terasa hati walaupun bukan niat kita begitu. faham ye? 

lagi satu apa yg aku perasan, bila dah akhir tahun ni, mak-mak budak ni ramai yang upload kecemerlangan anak masing-masing. alhamdulillah anak aku dapat no 1. pelajar terbaik dunia gitu. tapi pernah tak terfikir ada jugak ibu bapa yg anaknya kurang pandai dan tak layak nak terima hadiah pun. mesti sedih bila tengok anak orang lain je dapat. anak dia bila lagi. kita pun tak tau susah-payah dia nak ajar anak dia bagi pandai. tapi tak dapat jugak.

aku tak tau lah aku macam mana nanti. sebab sekarang aku belum lagi kawin. belum tau lagi nanti senang ke nak pregnant. nak upload gambar anak dapat hadiah lagi lah jauh. tapi aku menulis dengan apa yg aku nampak sekeliling aku je. bukan jugak aku ni jeles tengok kebahagiaan orang. tapi just mengingatkan. jangan salah sangka ok.

so, tu jelah kot untuk kali ni. insyaAllah even aku jarang update pun, kalau rajin aku akan update jugak. tak kisahlah 2 tahun lagi ke. harap ada lagi yg sudi baca.

Thanks for reading this entry!


3 comments:

Najmi Hunwick said...

Entry yang menarik :)

Jane said...

jap kenapa nk baca dengan qalqalah haha.. apa2 punn just enjoy single life..

qilahasmi said...

wah! sekian lama...adakah ini entry utk penutup 2014? harap2 ade yang latest untuk tahun ni ye? (^__^)v

part 'jeles' tu memang kena jugak..lebih2 g ujong tahun cmni..jap2 ade je kad jemputan sampai kat umah, kawan call jemput majlis btunang kawen..lebih2 dri bff kita sendiri..tapi nak buat camne..belum sampai seruNYA lagi kan..so, sabo je laa..