Thursday, May 28, 2015

Kenapa pilih Kursus Pengurusan Hartanah?

Assalamualaikum!

Haritu aku janji nak bagitau budget pergi Bandung berapa kan. Tapi last2 aku decide malas nak buat entry tu sebab malas. Hahaha. Itu je alasan paling kukuh aku boleh bagi. Lagipun korang boleh google sendiri nanti. Maafin guwe ya. *sambil kelip2 mata ala sin chan

So harini aku nak cerita sikit pasal Kursus Pengurusan Hartanah ni sebab sejak akhir2 ini aku telah dihujani oleh soalan2 mengenai course ni. Sebenarnya aku baru perasan message2 tu dekat inbox FB aku. haa amik kau berderet soalan especially lepas result SPM keluar haritu. Haha. Kot2 budak2 ni pun dah selamat dah isi borang UPU tu. Nasib lah ko dik dapat kakak malas update blog.

Ok malas nak berjela sangat intronya so kita startla cakap pasal hal ni. Aku faham ramai yang confius and tak tau langsung pasal kewujudan course ni. Nanti kerja apa. Senang ke nak dapat kerja. Belajar apa nanti. Bermacam persoalan membelenggu diri. Don't worry, kakak feel u adik. Kakak kan baik serta comel. Meh akak terangkan satu-satu ya.

Untuk adik-adik yg SPM tak berapa nak gempak atau result matrikulasi tak flying colours sampai terkubur impian untuk bergelar seorang doctor, this entry is meant for you. Entry ni panjang jugak ok. Tapi insyaallah i will make it short and simple.




Kenapa Cik Nathrah  pilih course ni. Why tak amik medic ke engineer ke?

Soalan ni sedih. Hahaha. Ko dah kenapa sedih pastu gelak. Sebenarnya adik2, hidup ni bukan macam kita tengok dalam tv je. Oh, asal nak masuk U je kena amik engineer. Sooo boring u know. Ceh padahal tak layak. Disebabkan zaman matrik aku main-main and langsung tak serius, belajar malas dan sebagainya, result matrik aku boleh dikatakan so-so je lah. Kira kalau nak amik medic tu dalam mimpi je lah. Masa tu mula lah rasa, alamak layak ke tak aku nak masuk U. Takut sangat kecewakan harapan orang tua. Perasaan cuma Allah je tau. So, aku pun isi lah borang UPU dengan harapan dapatlah jejak kaki kat menara gading. Aim aku time tu nak masuk U je. U know our people, kang tak masuk U mengata pula. Kesian mak abah aku nanti. Aku letak course ni pilihan paling last sekali. Sebab nampak macam tak glamour je, dengan harapan tak ramai yg apply. Sebab macam aku cakap tadi aim aku asalkan dapat masuk U je.  Dah memang rezeki kat sini, so itulah yg aku dapat.

Pengurusan Hartanah tu apa ye?

Dalam bahasa Londonnya course ni jugak dipanggil "Estate Management"or "Property Management". Tapi....haa ada tapi jugak tau. awak jangan confius pulak antara estate ladang tu dengan estate yg aku cuba sampaikan ni. Estate kat sini bermaksud hartanah. Ok, jangan feeling sangat nak jadi pengurus ladang. ok? So, course ni adalah berkaitan dengan property. Its all about property people. Kawan-kawan matrik aku mostly amik course berkaitan dengan sains. Aku? Jauh sangat lari bidangnya. Yelah, dari tingkatan 4 sampai matrik amik pure science tup tup masuk U tak apply langsung apa yg aku belajar bertahun tu. Penat je aku ingat pasal tiub fallopio segala tu. Ceh. Tapi, ada hikmahnya jugak. Dapatla jugak ilmu sikit-sikit. 

Kalau saya nak ambil course ni, kat mana ya?

Walaupun result SPM awak tak berapa nak gempak, awak jangan lah putus asa. Jangan lah pula berangan nak jadi driver Dato Hassan (bukan nama sebenar) kemudian bercinta dengan anak Dato Hassan pula ya. Itu semua drama je. So, bangkit ok bangkit. Marilah kita berusaha untuk memperbaiki hidup. Tapi tak jamin la boleh senang sangat di zaman GST ini. *sigh. Untuk sijil awak boleh apply dekat Institut Penilaian Negara (INSPEN). Dah lulus, boleh sambung Diploma and Degree.

Diploma ada dekat Uitm Perak and juga UTM if tak silap.Kalau silap harap di maafkan dan dengan pantas sila guna khidmat masyarakat pak cik google. Manakala untuk degree pulak, cuma ada 4 je IPTA yg tawarkan kursus ni iaitu UM, UITM, UTM and UTHM. Untuk yg dah ada diploma, contoh Diploma Pengurusan Hartanah dari UITM, awak boleh lah apply degree dekat UITM jugak sebab apa yg bagusnya awak boleh transfer kredit terus. Jimat masa, boleh kawin cepat! Amboi gataii ko ya.


Berapa lama ye nak belajar? Bukan apa, pakwe saya cakap lepas belajar terus nak kawin.

Ok, untuk sijil biasanya mengambil masa lebih kurang 2 tahun kalau tak silap. Manakala untuk diploma 3 tahun. Degree pulak 4 tahun. Oleh sebab course ni course profesional (sama macam engineer, lawyer and architecture) maka course ni 4 tahun. Bangga tak yg sebenarnya korang ni amik course profesional walaupun tak femes. Haha. Tapi, kalau adik gatal sangat nak kawin cepat, boleh apply dekat UITM sebab course ni 3 tahun je. Sebab jadual pembelajaran kat UITM tersangatlah pack. Kadang-kadang class sampai pukul 6 ptg dari pagi. Tapi, walau macam manapun UITM tetap dihatiku sentiasa. Gitu. Lagi satu, kalau awak dari diploma terus sambung degree awak cuma ambil masa 2 tahun je sebab boleh transfer kredit. Jimat kan?Nak kawin cepat kan? There u go.


Subject apa dalam course ni? Adakah ia susah?

Aku jawab soalan belakang tu dulu. Jawapannya tak susah. Depends pada orang jugak. And juga universiti. Lain U, lain cara penyampaianya. Kalau UITM, bagi aku course ni tak ada lah susah mana. Sebab kat matrik dulu lagi susah. Nak nak belajar biology. Aaaa taubat! Antara subject yg core iaalah subject valuation, economy, law, building maintenace, account, property management, marketing and estate agency.

Ala, tapi kita tak pernah belajar Account..boleh ke amik course ni?

Dari zaman sekolah, tak pernah belajar account jugak. Masuk matrik pun belajar Sains je semua.  Kita serupa dik. Takpe, lagipun subject macam akaun or economy tu ko belajar basic je. Bukan susah mana pun. Wat lek Wat peace je. ok?

Dah habis belajar nanti kerja apa?

Jadi doctor. Tapi dalam mimpi. Hahaha. Tak lawak ke? Em..ok

1)Penilai (Valuer)

Haha. Ok, antara kerjaya yg korang boleh ceburi lepas habis belajar adalah sebagai seorang Penilai atau nama glamournya valuer. Ketika entry ini ditulis, aku masih merupakan seorang valuer. Best sangat ke jadi valuer? Best kot? Sebab kerja kau berjalan je melihat alam. Kalau yg jenis tak suka stay kat ofis je, maka this job is the best for you! Kalau yg jenis nak jaga muka sangatt, rentikan lah. Valuer ni kerja dia adalah menilai berapa harga semasa sesuatu harta tu. Contoh paling senang, client ko nak beli rumah, so kita akan tentukan nilai semasa rumah tu untuk luluskan loan dia. Tapi tak semestinya rumah je. Semua jenis property kita kena nilai. Contoh airport, F1 circuit, ladang etc. Malas nak cerita secara teknikal sangat, nanti korang pun pening. 


2)Ejen Hartanah (Estate Agent)

Ramai kata kalau jadi estate agent ni boleh jadi jutawan. And jawapan aku adalah yes. Dengan syarat awak rajin dan sabar. Bukan senang nak senang kan. Kalau korang amik course ni, pengetahuan korang dalam property lebih luas. Client pun lebih yakin. Takdelah kena tipu kan. Tugas utama ejen ni adalah sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli. InsyaAllah at least 2-3% keuntungan daripada harga harta tu milik korang. Kalau property juta-juta..masyuk masyuk.


3) Pengurus Harta 

Pengurus harta ni biasanya diperlukan untuk property besar-bear macam KLCC or shopping complex. Dia lah yg uruskan pasal selenggara bangunan, aduan2 pengguna, sewa dan sebagainya. Kalau hati kental dan hati kering sangat digalakkan la jadi property manager. Sebab lain manusia ni lain ragam dia. Ko kena handle bermacam jenis manusia.


4)Lain-lain

Selain yg dinyatakan kat atas tu, korang boleh apply dekat jabatan kerajaan macam pegawai penilaian, pegawai tadbir or sebagainya. Untuk bidang ni, kita di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Fungsi dia sama macam valuer tadi, cuma kali ni ko kerja dengan kerajaan. Selain dari JPPH korang jugak boleh apply jawatan sebagai pegawai penilaian dekat majlis2 daerah seluruh Malaysia. Selain tu jugak, korang boleh kerja dengan developer or syarikat korporat yg lain mcam Sime Darby dan sebagainya.

Tapi, takkan nak kerja macam ni je seumur hidup?

Kalau awak betul-betul minat dalam bidang ni, insyaAllah awak boleh pergi jauh. Sebab bidang ni dikawal dan dipantau oleh Board of Valuer, Estate Agent and Appraiser (BOVEA) di mana segala kegiatan korang akan dipantau oleh lembaga ni. Bukan lembaga hitam ya.

Selain itu, utk menjadi pakar dalam bidang hartanah ni, awk boleh apply untuk jadi Registered Valuer (RV) di mana korang perlu mempunyai pengalaman sekurang2 nya 2 tahun then perlu isi log book, interview and kalau berjaya boleh jadi RV and jadi kaya. Haa fairytale sangat. Nak dapat title RV ni bukan senang. Korang kena mahir semua pasal hartanah, law mengenainya dan sebagainya. Kalau jadi RV korang just sign report je and kalau ada rezeki boleh bukak company hartanah sendiri. Best tak? Bunyi good2 je kan. Tapi nk laluinya bukan senang. Kena minat, usaha and tak putus asa. Tak mustahil! Eceh. Padahal aku pun tak tulis pun lagi log book tu. Haa..kalau korang jenis pemalas nak tulis log book tu, korang boleh la tunggu 10 tahun lagi, then isi list of experience macam tu, submit kat board then pergi interview terus. Ni jalan panjang sikit lah. Kalau tak sabar leh lah lepas 2 tahun isi log book tu. Tapi tak semestinya sekali je pergi interview korang dah lepas. Ikut nasib and rezeki. Kalau dapat interviwr yg strict maunya 10 kali jugak.

Kesimpulannya, Allah dah tetapkan rezeki kita sejak dr luth mahfuz lagi. So, jangan risau. Just hadapi dengan tenang. Lagi satu, kita kena bersyukur sebab bukan semua org boleh masuk U especially IPTA. Last but not least, semoga entry ni sedikit sebanyak dapat membantu ok. GOOD LUCK 😊

Kalau ada soalan boleh la komen kat bawah ni ok.

Thanks for reading this entry :)




Wednesday, May 13, 2015

Bercuti Ke Pulau Perhentian - Part 2


Assalamualaikum!

Seperti yg dah dijanjikan tempoh hari, entry ni adalah sambungan daripada entry PART 1 tu ari. So, hari kedua ni aktiviti utamanya ialah island hoping. Seawal 10.00 pagi kitorang dah tercongok depan kedai Fatimah Chalet lagi sekali sebab kitorang ambil pakej snorkeling dengan dia. Sebenarnya, banyak pakej yg korang boleh pilih. Ada yg 3 point, 4 point, 5 point dan point-point. Pilih mana suka je. Satu pakej boleh dapat serendah RM30 je depends pada skill nego jugak. Tapi disebabkan kerek dan banyak duit (ok gurau je) kitorang request nak private jet, eh silap, private bot, so that abang bot tu bawak kitorang je dalam satu bot. So, terpaksalah bayar RM75 sorang untuk 5 point sebab harga satu bot RM300 termasuk singgah di Fishermen Village untuk lunch. Sebenarnya kalau ramai, lagi murahlah. Sebab kitorang 4 orang je jadilah mahal. Gitu.

Excited gilaaa time ni.  Aku rasa kalau nak buat exspresi excited memang kena nganga luas-luas kot. Baru nampak sikit keterujaannya tuh. Kan?

Actually, tujuan utama aku nak sangat snorkeling ni adalah untuk carik ikan NEMO tu sebab last time masa aku pergi Tioman aku tak jumpa. Haha. Excited gila.


Muka tahan panas. Masa ni baru nak gerak. Abang tu tak pasang kanopi lagi. Haha.

Sampai point 1, aku pon terjun ke dasar laut. Ok takyah nak dasar sangat lah. Sebab sedar diri pakai life jacket, maka terjun ke permukaan je sudah.  Masa ni excited lebih sikit lah sebab lama dah tak menyelam dalam laut. Kalau baru first time cuba snorkeling ni, confim ko telan air laut sampai kering tekak. haha. Nasiblah masa ni aku dah pro.

Ikan-ikan yg menanti kedatangan kami. Marilah berenang bersama kami. Kata mereka. Cewah. Dari atas bot dah nampak .

Bila dah boring kat sini, abang bot bawak ke point seterusnya. Masa ni ombak agak kuat, so agak penat jugak lah nak mengayuh. Apa yg aku boleh cakap, setiap point tu ada kelebihan masing-masing. Dan cantik gila! Tapi sunyi je. Kalau ko berenang sorang-sorang confirm tak perasan sebenarnya ko dah jauh dari point asal ko mula terjun tu. Sebab keindahan dalam laut tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ikan perlbagai warna walaupun majority ikan belang tu je conquer.



Sebab ralit sangat, bila ko timbul ko akan nampak bot ko tu jauh dan mulalah menyesal sebab nak tak nak ko kena patah balik kat bot tu. Nak je aku panggil abang bot tu datang ambik aku. Nasib lah aku ni cuma rakyat marhaen. Kalau aku orang berkuasa dah pasti aku mintak abang bot tu dukung masuk bot. Over tau!

Antara view yg sempat dirakam.


Nak dijadikan cerita, si Dee ni rupanya mabuk laut. Terbaring je dalam bot. Tu lah, haritu bukan main ko gelakkan minah salleh tu kan. Haha. Ampun Dee!

Atototot..Cian dia ye.  Aku tido dalam iman.

Sementara tunggu Dee recover sempat lah aku amik gamba lompat2 tapi haram semua tak jadi. Haha!


Lebih kurang 1 jam lebih kat situ, abang tu bawak kitorang ke Turtle point. Bila sampai kat sana, banyak gila bot tengah berpusing-pusing mencari penyu yg tak kunjung tiba. Mungkin rezeki kitorang, tak sampai 5 minit menyanyi lagu ikan kaloi versi penyu tiba-tiba penyu muncul bebetul kat sebelah bot kitorang. Haha. Comel gila. Bot-bot yg lain pun menghampiri lah kitorang. Tak sempat nak amik gamba sebab masa nak snap gamba penyu tu, camera handphone tengah mode 'front camera'. Mungkin jugak phone tu nak bagi isyarat bahawa muka kau pun dah serupa penyu. Oh kejam!

Singgah lebih kurang sejam dekat kampung nelayan untuk makan tengah hari. Banyak bot nelayan parking dekat sini

Last point, abang bot bawak kitorang pergi Romantic Beach di mana rumah NEMO kat sini. So, akhirnya tercapailah impian aku selama setahun menanti.

hai NEMO! awak cute sangat :)

Oh ya, biasanya kalau korang pergi snorkeling, ramai yg ambik pakej terjun dari rumah api. Kat sini, abang bot akan abwa korang ke rumah api, korang panjat then terjun lah dalam laut tu. Tapi kitorang tak ambik pakej tu pun. So, sesiapa yg berbakat macam Pandalela boleh lah try.

Senja tu, operasi nak tengok sun set lagi sekali sebab last time dapat serpihan je kan.  Kali ni kitorang lepak awal sikit, sebab takut ketinggalan. Berkat kesabaran, akhirnya dapatlah jugak tengok sun set yg diidamkan sangat tu.


Orang kata kalau pergi Perhentian ni tak sah kalau tak pergi kincir angin. Boleh lah kau nak feeling-feling Amsterdam even hakikatnya ketiak kau basah dek panas dan tracking yg tak berapa mencabar tu. Keesokan harinya pergilah kami berempat mendaki bukit utnuk ke kincir angin tersebut. Walau tak berapa mencabar, penat lah jugak sebab dah lama tak exercise. Antara kitorang ber-4 ni aku lah orang yg paling slow. Diorang semua kena tunggu aku. Haha. Penat gila. Lebih kurang 30 minit meredah onak duri, sampai lah kau kat puncak bukit tu.

Penatttt!!!


Tips: Kalau nak pergi sini, elok lah pergi awal pagi sebab bila dah tengah hari ketiak korang maybe akan lenjun umpama laut china selatan. Haha! Dan pakai seluar, tak yah nak feeling princess pakai skirt bagai. (padahal aku yg  plan nak pakai skirt tu. muahaha).


Dua ketul je kincirnya :)

Dari atas ni korang akan disajikan dengan view seluruh pulau yang  sangatlah awesome! Aman damai dan tenang sekali! Cewah. Boleh lah kau berangan kat sini tanpa gangguan. Tapi aku tak sempat berangan pun sebab penat ya amat.

Cantik kan?

Tapi kalau takde 4 orang yg mennyibuk tu way better kot? Haha!

Sampai bawah sekali lah kitorang turun. Masa ni seronok lah bergambar bagai. Nak naik balik ke atas tu memang menyumpah dalam hati lah. Haha! Kitorang plan nak bukak kedai air dekat atas tu. Sebab bila naik balik sumpah sesak nafas. Air..air...Batu Caves pun kalah..Turun laju je kan.

Malam tu lepas dinner kitorang straight away ke Long Beach untuk menyaksikan pertunjukan api. Maybe masa ni abang api ni cedera, so pertunjukannya agak hambar. Aku siap menguap-nguap lagi dek kebosanan. Ek eleh bang. Setakat pusing-pusing api pastu letak celah kangkang buat apa bang. Bentak hatiku. Dalam hati jelah berani kan. Haha. Kang cakap kuat-kuat kang dibuatnya abang tu lontar api kat aku acane? Jadi bola bola api paling comel la sudahnya. Sebab bosan, kitorang pun blah cepat dan balik tidoo.

Abang api yg hambar. Sorry bang.. Boring.....!
Pagi tu lepas solat subuh aku sambung tido. Diorang bertiga pergi Long Beach nak tengok sunrise. Sebab betis aku sakit sebab tracking ke kincir angin semalam, aku tak join. Haha.

Bila dah 4 hari dekat sini, bila tiba hari nak balik, berat sangat hati. Malas gila.Lagipun macam tak puas tengok air laut dan berendam dalam air laut even hakikatnya kalau laut tu boleh bercakap mesti dia akan cakap "ko tak reti-reti nak balik ke". Ceh. Sampai hati. Tapi, insyaAllah kalau panjang umur nak pergi lagi. Sebelum balik sempatlah kitorang merakam gambar tepi batu depan chalet sebagai kenangan. Dengan itu tamatlah percutian aku dan kawan2. Bye Perhentian. See u again. Nangis. Sobs.



Ok, before korang tanya, bawah ni adalah budget aku untuk ke sini (tak termasuk penginapan kat Kuala Terengganu).

Ticket flight: RM150 (return)
Kete sewa:  RM75 (return) (per person)
Bot & marine park : RM75 (return)
Hotel (3 malam) : RM 318 (per person)
Snorkeling : RM75 (per person) * boleh dapat murah lagi. sebab kitorang private bot, so mahal sikit.
Makan (4 hari) : Lebih kurang RM50 sehari (portion banyak dan sedap dan fresh)


Oh ya! untuk sewa kereta boleh lah contact Encik Amran, D'Ammar Holiday  ni. Rate insyaAllah murah. Satu van tu leh muat 16 orang. Harga satu van, so boleh jimat kalau pergi ramai.  Ni no telefon dia 019-9549938.  

Kalau sebut nama aku, confirm dapat diskaun. Hahaha. Memandai je kan. Kalau tak dapat diskaun jangan marah ok.  Boleh klik kat  D'Ammar Holiday ni untuk lebih info ok.  


With that, aku nak pesan  pergilah bercuti dalam negara. Sesungguhnya dalam negara pun banyak tempat menarik juga.  

Thank you for reading this entry!





















Wednesday, April 29, 2015

Bercuti Ke Pulau Perhentian - Part 1

Assalamualaikum!

Aku ni jarang bercuti. Disebabkan itu, aku telah bersetuju untuk join kawan2 aku untuk ke Pulau Perhentian. Even bercuti dalam negara pun, kitorang dah siap book ticket flight dari tahun lepas lagi. Over kan? Haha. Maklumlah, nak pergi Maldives tak mampu, so pergilah kitorang ke Pulau Perhentian yg tiada tolok bandingannya juga itu. Eceh. Kitorang pergi 5 hari 4 malam. Kitorang pilih Perhentian Kecil instead of Perhentian Besar sebab dengar cerita yg Kecil tu lagi best and happening untuk orang bujang while yg Besar sesuai utk makcik2 or yg dah berfamily. So, sebagai orang yg tergolong daripada golongan bujang trang tang tang maka kami plan ke Perhentian Kecil. 

"Eh lamanya kita kat sana. Nak buat apa?," suara Kak Lin berbisik. Sebenarnya tak delah bisik mana pun.

Malangnya lepas dah bayar apa semua baru suara tersebut kedengaran. Solutionnya, kitorang plan untuk stay kat Perhentian tu 3 malam je and tido kat KT 1 malam. Yeay! Problem solved.

Crystal clear water of Pulau Perhentian (captured with Samsung Note 3)
So, tanggal 16 April 2015, pergilah aku ke sana dengan menaiki penerbangan MAS dari KLIA bersama Kak Lin, Dee dan juga Tun. Flight awal pagi, 730 am, so pukul 4 pagi dah kena bangun sebab tak nak kena tinggal flight punya pasal. Kalau kena tinggal rugi lah wei, dah lah dah book setahun yg lepas. Bila dah bulan March, aku sibuklah dok belek-belek kalendar bulan April sebab tak sabar. Masa mula-mula dapat kalendar kuda free tu pun, aku dah highlight siap-siap tarikh bercuti tu. Haha.  

Kitorang ambil flight ke Kuala Terengganu dan perjalanan cuma mengambil masa 30 minit je dari KLIA. Tak sempat nak buat tahi mata pun. Tup tup dah kena tegakkan kerusi lalu kapal terbang itu pun mendarat. Gedegum bunyinya tatkala tayar kapal terbang itu mendarat. 

Tips: Kalau nak naik flight, korang juga boleh ambil ticket direct ke Kota Bharu which is lagi dekat sebenarnya dengan jeti Kuala Besut.

Sampai je KT, Kak Lin pus terus call Amran untuk jemput kitorang kat airport. Actually, Amran ni ex-ofismate kitorang, tapi dah resign untuk fokus kepada bisnes kereta sewa/van kat sekitar Terengganu ni. Haa.  Disebabkan flight terlampau awal dan perjalanan pun tak sampai 2jam, MAS bagi kacang masin je. Camni aaa. Maka, kelaparan lah kami lalu meminta Amran supaya singgah untuk breakfast dulu.

Singgah makan kat sini. Makang nasik dagang. Sedap wey.

Dah kenyang, mata mula lah ngantok. Tapi tak boleh tido pula. Perjalanan ke jeti Kuala Besut tu lebih kurang 2jam if tak silap. Sampai je jeti, terus beli tiket bot pergi balik RM70 sorang dan additional RM5 untuk marine park.  Untuk ke pulau, memang wajib naik speed boat @ feri. Disebabkan penumpang tak ramai, kitorang naik speed boat je.

Jeti Kuala Besut. Kat sinilah bot dan feri akan ambil penumpang untuk pergi balik ke Pulau Perhentian

Tips: Sila be on time ok. Sebab bot pun ada masa berlepas jugak. Kalau ko terlepas bot pukul 12, kena tunggu bot pukul 2pm pulak. Wasting time u know! And one more thing, dinasihatkan takyah bawak luggage, bawak backpack je sebab jenuh pulak kau nak angkut turun naik bot dan nak seret dekat pasir jerlus tu nanti.

Ahli rombongan. From right, Tun, Kak Lin, Aku dan Dee.
Nak dijadikan cerita, dalam boat tu ada dua minah salleh. Mula-mula masuk terus amik port paling depan sekali. Kiranya, macam ketua kapal lah gitu. Siap kaki bersilang lagi. Dan tak pakai life jacket. Sampai kat tengah laut, ombak mula tunjuk otai siap berkata "ooo berlagak ya. amik ni". Bontot kitorang dah terhentak-hentak dek ombak. Kalau wanita mengandung, confim berdepan masalah keguguran. Omputeh tadi dah ketakutan sebab dia duduk paling depan so impact hentakan dan lambungan tu diorang lah paling teruk rasa. Dari tak pakai life jacket terus terjerit2 "Can i have a life jacket pleaseeee". Haaa tau takut. Dee kat sebelah dah tergelak-gelak tengok omputeh tu nangis. Kesian jugak tengok dia. Kalau aku lelaki, dah lama aku tunjuk gentleman lalu memujuk mereka sambil berkata "jangan takut, abang kan ada". Haha. 

Minah Salleh  yg sedih dan rambut Tun.
Lebih kurang 30 minit sampailah kami kat jeti Coral Bay, Perhentian Kecil. Orang kata, kalau pergi Perhentian Kecil, tempat yg happening adalah dekat Long Beach sana. Untuk muda-mudi or yg bajet muda boleh lah pergi sana. Tapi hotel/resort kat sana tak boleh book online. Kebanyakannya kena walk-in je. Sebab takut tak ada bilik, kitorang stay kat Coral Bay je di mana seminggu sebelum pergi Kak Lin dah book online sesiap. Not bad. Tenang je rasa. Hotel yg kitorang stay selama 3 hari ni namanya Senja Bay. Overall aku bagi 3 bintang. Bilik bersih, katil king, ada aircond, ada heater and sea view as well as 24 hours electricity. Satu malam RM130 untuk weekdays and RM160 untuk weekend. If korang nak pergi Pulau Perhentian Kecil dan nak stay kat Long Beach, kat sana banyak resort backpackers yg murah-murah. Bolehlah nak save budget. 

Dari dalam bot dah nampak Senja Bay. Bebetul tepi pantai. Yang warna merah coklat tu lah Senja Bay.
Disebabkan kitorang sampai awal, kena tunggu lebih kurang 2 jam jugak lah sebelum dapat check in. Sempat lah makan sebijik burger dekat Fatimah Chalet. Harga sebijik burger ialah RM6 untuk yg biasa.

Aku je excited. Yang lain tu jeles. Haha!

Tips: Kat pulau ni makanan dia memang mahal. 2 3 kali ganda jugak compared dengan harga biasa. So, sediakan wang seguni ok or kalau nak lagi jimat bawak makanan siap-siap.  Sebab kat sini tak ada ATM.

Setelah 2 jam menunggu dengan sabar sambil mengata abang sado berkulit hitam manis tapi gigih pakai sunblock sampai kulit hitam manis tu bertukar kelabu asap, tibalah waktu kitorang check in. Masuk bilik je terus terbungkang atas katil. Nasib katil besar. Kira selesa lah untuk 3 orang tido. Lepas tu mandi and solat and mebuta untuk kali ketiga. Balas dendam sebab tak sempat tido dalam flight.

View from our room. Ah damai!
Petang tu, tak ada aktiviti sangat. So, kitorang berjalan ke Long Beach untuk ambil angin and nak tahu tahap ke-happeningan yg digembar-gemburkan oleh masyarakat sejagat itu. Boleh tahan penat jugak lah dari Coral Bay ke Long Beach tu. Ada dalam 10 ke 15 minit jugak lah sebab track ke sana jalan dia berbukit sikit.

Track ke Long Beach dari Coral Bay
Masa kitorang sampai, ombak kuat sangat. Makcik Fatimah Chalet tu pesan jangan mandi sebab semalam ada orang mati lemas. Tapi biasalah, manusia selagi tak kena dia takkan dengar. Ramai je aku tengok orang mandi manda. Pondan pun ada terdampar bak dugong. Haha. Biasanya ombak tak kuat sangat dan boleh mandi. Rugilah pergi pantai tak mandi kan.

Ombak kuat. Best kalau surfing. Kalau ikotkan hati nak je terjun. Bestnya! Air jernih ya amat!


Tapi apakan daya. I don't wanna die yet! Haha! Direct je brader ni buat sign board. 
(Translate: Mu jangey berene sini. Nak mapuh?!)


Beberapa snap yg sempat dirakam. Sebenarnya ada beratus gambar kat sini. Tapi cukuplah sikit-sikit.
Lepak jap tepi pantai berbumbungkan atap rumbia.

Puas bergambar, kitorang pun balik ke Coral Bay nak tengok sun set. Tapi pantun dua kerat berbunyi begini, "Balik Coral Bay nak tengok sun set, Sun set takde". so bergambarlah kitorang dengan serpihan sun set. Jadilah dari takde ye dok?

Krik Krik Krikk

Kemudian kitorang singgah dinner dekat Ewan's Cafe. Melalui review yg aku baca dalam blog2, kat sini makanannya sedap. Apalagi, aku pon order lah Spicy Belacan Calamari atau bahasa kampungnya Sotong Masak Belacan Pedas. Takyah nak cala-cala sangat lah. Haha. Kitorang order untuk 3 orang makan sebab si Tun tu dah order benda lain.

Sempatlah jugak omputih ni melamar and live happily ever after sementara tunggu makanan sampai. Haha. Paparazi sangat!
Dah dekat sejam tunggu sampailah Calamari yg dinanti seantero alam tu. Tanjat boboi. Sebab portion dia banyak. Dalam hati banyak gumbira sebab dapatlah aku menketedarah dengan banyaknya. Dah lapar sangat, dengan lafaz bismillah aku pun amik lah Calamari tadi. Masuk je suapan pertama, sekali lagi tanjat boboi sebab tahap kepedasan dia sampai tahap pedas nak mampos sampai kau nak maki je siapa tukang masak tu. Haha. Kak Lin dngan Dee pun bengang.

"Bang, sotong ni memang pedas macam gini ke bang", tanya Dee pada abang waiter. 

"Hooo lah. Doh namo pun spicy key". (baca dalam nada loghat klate sesat).

Kitorang hanya mampu mengerutkan dahi sambil menyumpah dalam hati. Untuk hilangkan pedas tu, kitorang terpaksa celup sotong dengan kuah tomyam. Itu pun still berasap. Haha.

Nampak menyelerakan. Tapi satu suap dah boleh buat telinga kau berasap. Bayangkan nak kena habiskan dua pinggan? 

Tips: Kalau makan kat sini, portion untuk satu lauk agak banyak. Untuk sepinggan boleh makan 2-3 orang. So, order lah satu je ok melainkan korang adalah species badak sumbu. Boleh jimat, sebab sekali makan boleh cecah RM20- RM30 sorang. 

Selesai makan, kitorang pun balik bilik and plan untuk hari esok. Esoknya aktiviti yg paling aku nantikan iaitu snorkeling. Finding NEMO! Tapi nanti aku update kat entry lagi satu ya. Penat dah menaip. Tunggu tau! 

Thanks for reading this entry!

Klik sini untuk baca Part 2 :)


























Wednesday, March 11, 2015

Trip to Bandung, Indonesia

Assalamualaikum!

Amaran awal. Entry ni agak panjang ya. Read on your own risk. Gituu. Ok, minggu lepas, untuk pertama kalinya selama aku hidup 27 tahun ni, baru ni lah pertama kali aku bawak parents aku berjalan. Maklumlah selama ni pun aku bukannya anak orang kaya. Nak harap mak and abah aku bawa berjalan memang tak kan la. Cuma pernah sekali je masa aku darjah 2 parents aku bawak kitorang adik beradik jalan kat Langkawi. Lepas tu takde dah. Kali ni kitorang ke luar negara. ewah. luar negara. diulangi. luar negara. Maklumlah, first time pergi obesi maka harus diulangi perkata luar negara tu. Haha! Gurau je ok. Pergi Bandung je pun.

Untuk trip kali ni, kitorang pergi berenam termasuk mak cik aku dan husband dia. Abang aku last minit tak jadi pergi sebab komitmen kerja. Haru jugak memula. Sebab segala urusan kat Bandung tu aku serahkan semuanya pada abang aku. Aku just sponsor ticket flight je. Sehari sebelum pergi baru abang aku bagitau yg dia tak dapat pergi. Tapi nasib baik abang aku dah deal sesiap dengan Pak Supir (tukang pandu) sepanjang kitorang kat sana. Segala plan perjalanan tu abang aku dah bagi sesiap pada Pak Supir. Lega.

Cari mak yang tersembunyi

Day 1

Kitorang naik flight AirAsia. Gerak dari air port pukul 3.20 pm. Mak aku awal-awal dah baca doa. Maklumlah sejak banyak sangat flight punya case ni kan. Gerun jugak. Nak-nak naik Air Asia yg terhempas tu.  Sampai sana dah pukul 5 lebih macam tu. Sampai airport Bandung tu, tak sempat nak feeling retis, keluar je pintu ketibaan dah nampak Pak Supir tu pegang kertas nama aku. Time aku nak snap gambar nama aku tu, Pak Supir tu dah turunkan lalu malulah aku tapi sempat cover kengkonon tengah selfie dicelah manusia. Baru niat nak upload kat belog ni. Ceh.

Oh ya, nama supir tu Pak Jaja. Even Bandung waktu dia lambat sejam dari Malaysia, tapi kat sana cepat gelap. Pukul 6pm dah gelap. So, naik kereta and minta Pak Jaja hantar ke hotel untuk solat. Hotel yg kami tinggal selama 4 hari 3 malam ni namanya RafflesHom Hotel. Masa aku sebut nama hotel berkerut2 dahi Pak Jaja nak igt nama. Rupanya kat sana diorang tak sbut Ra-fel tapi diorang sebut Ra-Fles. Hotel ni maybe 2-bintang tapi apa yg bestnya hotel ni masih baru la. ok lah. Kalau nk honeymoon aku tak recommend sebab breakfast dia ada dua jenis je. Mee goreng dgn nasik. Eh ada kena mengena ke  dengan honeymoon kalau breakfast sikit. Haha/

Hotel RafflesHom and abah yg tgh photobomb

Lepas solat, terus ajak Pak Jaja pi makan. Pasal makan ni tak yah risau sangat sebab Bandung ni mostly penduduknya Muslim. Dan makanan pun lebih kurang sama macam kita. Kali ni kami ke restoran masakan padang. Tuan kedai akan bubuh semua lauk-pauk dan dihidangkan dengan pinggan kecik. Kalau kita makan, kena bayar. Kalau tak sentuh makanya tak payah bayar la. Disebabkan lapar gila semua lauk kat situ aku rasa sedap hatta gulai pucuk ubi. Tapi serius memang sedap. Malangnya aku lupa nama kedai tu. Harga untuk 6 org makan dalam Rp300,000 je or dalam RM90 je lebih kurang.

Masakan padang yg digembar-gemburkan

Then bila perut dah gendut tali kecapi lepas makan even hakikatnya tak makan pun memang dah gendut (aku la tu) Pak Jaja bawak pergi TOKO TIGA. Kat sini banyak jual jeans and baju branded. Abah aku kata, jeans kat sini original. Macam mana nak bezakan, just tengok kat zip seluar tu, contoh kalau jenama jeans tu Levis so zip dia pun tulis Levis. Kalauu YKK ke atau sebagainya maknanya non ori deh! Harga bagi sepasang jeans depends pada jenama. Tapi seriusly murah. Kebanyakannya tak sampai RM100 pun duit Malaysia :). Tapi aku tak beli apa pun. Disebabkan peha dah besar macam gajah so keyakinan nak pakai seluar jeans ni dah kurang. Daripada rasa down baik aku makan.eh?

Keluar dari Toko Tiga ni berpusu2 orang jual souvenir datang kat kitorang. Kat sini diorang akan aim orang Malaysia. Sebab diorang rasa orang Malaysia ni kaya raya. Mak aku pulak jenis cepat kesian lalu diborongnya fringe magnet beserta beg telekung.

Lepas tu, Pak Jaja bawak kitorang pegi gedung kain D' Fashion. Ala-ala Jakel la kat sini. Kat sini banyak kain yg murah dan cantik. Kali ni makcik aku dah rambang mata. Mana taknya harga semeter kain lace yg biasa orang buat baju tunang tu RM70 je ssemeter. Ada yang RM50 semeter. Depends pada kualiti. Yang lawa pun RM50 je dah dapat. Mak aku pun tak nak kalah lalu beli dua pasang baju lace. Siap tempah terus. Esoknya siap diorang hantar ke hotel. Harga sepasang baju termasuk kain and upah jahit RM250 sepasang. And jahitan tersangatlah kemas. So raya nanti persis datin la mak aku. Sebab mak aku ni tak suka bergaya over sangat so,  nantikan kemunculannya. hahaha.

D'Fashion Bandung

Lepas dah tu kitorang balik hotel tidur. zzzzzz

Day 2

Menurut plan dari abg aku harini kitorang akan berjalan kat Pasar Baru dan beberapa FOS kat sini. Tapi disebabkan lepak kat Pasar Baru pun dah setengah hari makanya tak sempat nak pergi banyak FOS pun. Gerak dari hotel pukul 9 pagi terus ke Pasar Baru. Kat sini memang syurga kain la. Harga memang sangat murah compared dengan Malaysia. Tapi bagi aku kain dekat D'Fashion tu lagi murah kot. Tapi dekat PB ni lebih banyak choice. Layanan diorang memang tersangat lah superb. Bukan macam kat Malaysia. Muka pelayan monyokkkk je manjang. Kalau kat sini, diorang siap hidang air and boleh makan ayam penyet free lagi.  Kat sini ada istilah 'pecah telur' means kalau korang jadi pelanggan awal maka dapatlah banyak diskaun. Tapi sampai ke tengah hari diorang duk ngomong kat aku harga pecah telur tu sampai heran takkan tak pecah2 lagi. Lagi satu kat sini pun penuh orang jual souvenir yg sama. Kalau kesian beli la sikit. Pastu ko pegang je sebab nanti boleh bagi alasan dah beli bila orang lain datang suruh ko beli. haha.

Kain lace n border lace murah2

Kat sini adik dengan abah aku tempah baju kemeja. Macam biasa, malam tu diorang terus hantar ke hotel. Aku beli border lace untuk stock telekung nanti. Murah gila. Semeter RM30 je dapat 10 line pulak tu. Mak cik aku tempah langsir kat sini terus sebab dia kata tempah kat Nilai harga RM1000++ tapi kat situ dapat RM400 je. Kalau nak beli telekung pun murah dekat sini. Cakap je nak telekung macam mana semua ada dan murah. Dah pukul 4 petang barulah kitorang keluar dari PB ni. Lapar woii. Mak aku dah bising-bising sebab lama sangat kat sini.
Abah and adik aku bergaya dengan baju kemeja batik. Mcm indon dah

Keluar dari PB kitorang mintak Pak Jaja bawak pergi makan. Pukul 4 baru makan. Kali ni Pak Jaja bawak kitorang makan kat restoran masakan sunda yg diberi nama Kedai Belacan. Haaa nama je macam kampung tapi restorannya best sangat. Ala-ala dalam taman gitu. Dengan alunan music klasik, tapi kalau dengar dalam hutan memalam meremang gak bulu roma. Haha. Dalam kedai ni ada musolla. So solat dulu pastu baru makan. Tapi kena gilir-gilir laki perempuan sebab musolla dia unisex. Harga untuk 6 org makan lebih kurang Rp600,000 atau bersamaan RM167. Lauk ada 5 jenis.

Biar orang lain tak ready janhi aku je ready. haha

Keluar dari kedai, macam biasa ramai lah peniaga souvenir serbu kitorang. Sebab dah lali, kitorang  cakap tak mau beli. Tiba-tiba ada perempuan jual kalendar ada gambar kitorang. Patutlah masa mula-mula nak masuk tadi aku nampak ada sorang mamat tu ambik gamba guna DSLR. Ingatkan utuk koleksi restoran tu je. Dah la amik gamba tak mintak kebenaran pastu nak jual pulak. Kalau gambar tu ready tak pe jugak. ni gamba candid. Mak aku marah gila sebenarnya tapi beli jugak sebab takut diorang guna-gunakan gamba kitorang. Jauh betul fikirnya.Haha.
gambar candid 


Then Pak Jaja bawak kitorang pergi Jalan Cipaduyut yang popular dengan barangan kulit, Kat sini banyak gila kedai yg jual kasut kulit, baju kulit etc. Tapi satu pun aku tak beli sebab penat.


Lagi satu aku tak confident dengan ketulenannya sebab aku tengok barang macam stock Uptown pun ada jugak. Tapi kalau nak beli, kena cek bebetul jugak. Mak aku beli 2 3 pasang handbag murah. Pakcik aku  beli 3 pasang kasut Bally. Lepas dah setel tu, kitorang pun gerak balik ke hotel. Tidoooo.

Day 3

Plan harini nak berjalan je. Tak pergi shopping pun. So, nak pergi Kawah Putih ke atau Tangkuban Parahu. Sebelum pergi haritu aku google dalam gambar Kawah Putih lagi rare and cantik. Tanya Pak Jaja dia pun suggest pergi Kawah Putih sebab katanya Tangkuban Parahu tu banyak zombie. Zombie tu istilah untuk peniaga yg duk paksa kita beli barang diorang and tak putus asa ikut je kita selagi tak beli. Barang yg diorang jual pun lagi berlipat kali ganda mahalnya daripada beli kat tempat lain. Tapi orang Malaysia kebanyakannya pergi Tangkuban tu sebab lagi popular kot. Makcik aku pun nak pergi sana tapi suara majority nak pergi Kawah Putih. So, kecewalah makcik aku. Sorry Mak Lang! hehe.




Perjalanan ke Kawah Putih tu amik masa dekat 3 jam. Sebab Bandung ni macet atau jem gila. Kereta terlampau banyak, motor pun apatah lagi. Jalan raya dia pun kecik sangat. Lepastu tak de bas. Cuma ada angkotan kota. Angkotan tu ibarat bas jugak la. Sebab tu la kot kat sini jem sangat. Padahal tempatnya takdela jauh sangat kalau tak jem.

So, aku nasihatkan kalau datang sini takyah la nak sewa kereta sendiri sebab ko akan menangis sebab cara diorang bawak kereta kat sini pun lain. Malah mereka semua sangat lah sabar. Pakcik aku duk merungut sebab ada sorang pompuan ni lintas jalan sambil lenggang kangkung kan.Pak Jaja boleh cakap "sabar..kita harus konsentras". Haaa kau mampu?

Kawah Putih ni salah satu kawasan tanah tinggi kat Bandung ni. Cuaca dia ala-ala Cameron Highlands la jugak. And sepanjang perjalanan ke sana banyak la kebun sayur termasuk kebun strawbery. Memang sebijik macam Cameron. Pemandangan pun boleh tahan cantik sebab hijauu je. Diorang ramai kerja petani and kebun sayur diorang memang tepi jalan raya. Tiba-tiba dalam perjalanan tu mak aku mengucap panjang. Kitorang pelik gak dah kenapa mak aku ni. Rupanya kat laur tingkap sebelah dia ada sorang perempuan dewasa baring sambil bogel. Tak pasal dapat wayang free. Haha.



Sampai je Kawah Putih tu terus tak sabar nak pergi kawah tu sebab tengok dalam gambar cantik. 3 masuk bagi sorang RP50,000  atau lebih kurang Rm15.Bila sampai je terus terpegun. Memang cantik gila. Air dia warna turqoise muda.Tapi terlampau ramai sangat orang. Sampai nak amik gamba pun ada orang kat belakang kita. Haha.


Tapi kalau korang ada asthma ke dinasihatkan beli topeng muka tu sebab gas and bau belerang dia agak kuat. Masa kitorang pergi haritu tu pun hujan and kabus tetiba turun so tak dapat nak lepak lama sangat.

masing-masing tahan napas sebab kuat sangat bau belerang tu

mak yg terpaksa layankan anak dara gemuk dia

Otw nak balik tu, kitorang singgah makan kat Saung Andir. Restoran dia ala-ala pondok buluh and ada alunan muzik klasik and skali lagi kalau aku dengar dalam hutan memang meremang la semua bulu roma. Haha. Makanan paling special kat sini ialah ayam brengsek. So harga untuk 6 orang makan lebih kurang Rp300,000 sama dengan RM90. Dah kenyang kitorang gerak balik ke Bandar Bandung.

kalau nak apa2 boleh ketuk je benda alah ni nanti waiter datang

Singgah pulak ke Rumah Mode. Tempat ni memang famous la untuk shopping barang branded and kualitinya pun ok. Aku sempat la grab sehelai tshirt. Sebab badan dah penat so malas nak fikir.

Macam biasa minta Pak Jaja hantar balik hotel then tido.

Day 4

Harini flight pukul 11.50am. So takde jalan mana-mana. Just prepare nak balik Malaysia je. Pukul 9 pagi Pak Jaja dah tunggu depan hotel. Macam biasa lagi ramai lah peniaga merayu-rayu suruh beli barang diorang. Mak aku memang mangsa utama and macam biasa dia pun beli. Haha.

bye Bandung!

Sampai airport, check in apa semua maka berakhirlah percutian kitorang sekeluarga. Berapa budget ye? Haaa nanti entry akan datang (kalau rajin) aku update.

Thanks for reading this entry~

<3 p="">