Wednesday, April 29, 2015

Bercuti Ke Pulau Perhentian - Part 1

Assalamualaikum!

Aku ni jarang bercuti. Disebabkan itu, aku telah bersetuju untuk join kawan2 aku untuk ke Pulau Perhentian. Even bercuti dalam negara pun, kitorang dah siap book ticket flight dari tahun lepas lagi. Over kan? Haha. Maklumlah, nak pergi Maldives tak mampu, so pergilah kitorang ke Pulau Perhentian yg tiada tolok bandingannya juga itu. Eceh. Kitorang pergi 5 hari 4 malam. Kitorang pilih Perhentian Kecil instead of Perhentian Besar sebab dengar cerita yg Kecil tu lagi best and happening untuk orang bujang while yg Besar sesuai utk makcik2 or yg dah berfamily. So, sebagai orang yg tergolong daripada golongan bujang trang tang tang maka kami plan ke Perhentian Kecil. 

"Eh lamanya kita kat sana. Nak buat apa?," suara Kak Lin berbisik. Sebenarnya tak delah bisik mana pun.

Malangnya lepas dah bayar apa semua baru suara tersebut kedengaran. Solutionnya, kitorang plan untuk stay kat Perhentian tu 3 malam je and tido kat KT 1 malam. Yeay! Problem solved.

Crystal clear water of Pulau Perhentian (captured with Samsung Note 3)
So, tanggal 16 April 2015, pergilah aku ke sana dengan menaiki penerbangan MAS dari KLIA bersama Kak Lin, Dee dan juga Tun. Flight awal pagi, 730 am, so pukul 4 pagi dah kena bangun sebab tak nak kena tinggal flight punya pasal. Kalau kena tinggal rugi lah wei, dah lah dah book setahun yg lepas. Bila dah bulan March, aku sibuklah dok belek-belek kalendar bulan April sebab tak sabar. Masa mula-mula dapat kalendar kuda free tu pun, aku dah highlight siap-siap tarikh bercuti tu. Haha.  

Kitorang ambil flight ke Kuala Terengganu dan perjalanan cuma mengambil masa 30 minit je dari KLIA. Tak sempat nak buat tahi mata pun. Tup tup dah kena tegakkan kerusi lalu kapal terbang itu pun mendarat. Gedegum bunyinya tatkala tayar kapal terbang itu mendarat. 

Tips: Kalau nak naik flight, korang juga boleh ambil ticket direct ke Kota Bharu which is lagi dekat sebenarnya dengan jeti Kuala Besut.

Sampai je KT, Kak Lin pus terus call Amran untuk jemput kitorang kat airport. Actually, Amran ni ex-ofismate kitorang, tapi dah resign untuk fokus kepada bisnes kereta sewa/van kat sekitar Terengganu ni. Haa.  Disebabkan flight terlampau awal dan perjalanan pun tak sampai 2jam, MAS bagi kacang masin je. Camni aaa. Maka, kelaparan lah kami lalu meminta Amran supaya singgah untuk breakfast dulu.

Singgah makan kat sini. Makang nasik dagang. Sedap wey.

Dah kenyang, mata mula lah ngantok. Tapi tak boleh tido pula. Perjalanan ke jeti Kuala Besut tu lebih kurang 2jam if tak silap. Sampai je jeti, terus beli tiket bot pergi balik RM70 sorang dan additional RM5 untuk marine park.  Untuk ke pulau, memang wajib naik speed boat @ feri. Disebabkan penumpang tak ramai, kitorang naik speed boat je.

Jeti Kuala Besut. Kat sinilah bot dan feri akan ambil penumpang untuk pergi balik ke Pulau Perhentian

Tips: Sila be on time ok. Sebab bot pun ada masa berlepas jugak. Kalau ko terlepas bot pukul 12, kena tunggu bot pukul 2pm pulak. Wasting time u know! And one more thing, dinasihatkan takyah bawak luggage, bawak backpack je sebab jenuh pulak kau nak angkut turun naik bot dan nak seret dekat pasir jerlus tu nanti.

Ahli rombongan. From right, Tun, Kak Lin, Aku dan Dee.
Nak dijadikan cerita, dalam boat tu ada dua minah salleh. Mula-mula masuk terus amik port paling depan sekali. Kiranya, macam ketua kapal lah gitu. Siap kaki bersilang lagi. Dan tak pakai life jacket. Sampai kat tengah laut, ombak mula tunjuk otai siap berkata "ooo berlagak ya. amik ni". Bontot kitorang dah terhentak-hentak dek ombak. Kalau wanita mengandung, confim berdepan masalah keguguran. Omputeh tadi dah ketakutan sebab dia duduk paling depan so impact hentakan dan lambungan tu diorang lah paling teruk rasa. Dari tak pakai life jacket terus terjerit2 "Can i have a life jacket pleaseeee". Haaa tau takut. Dee kat sebelah dah tergelak-gelak tengok omputeh tu nangis. Kesian jugak tengok dia. Kalau aku lelaki, dah lama aku tunjuk gentleman lalu memujuk mereka sambil berkata "jangan takut, abang kan ada". Haha. 

Minah Salleh  yg sedih dan rambut Tun.
Lebih kurang 30 minit sampailah kami kat jeti Coral Bay, Perhentian Kecil. Orang kata, kalau pergi Perhentian Kecil, tempat yg happening adalah dekat Long Beach sana. Untuk muda-mudi or yg bajet muda boleh lah pergi sana. Tapi hotel/resort kat sana tak boleh book online. Kebanyakannya kena walk-in je. Sebab takut tak ada bilik, kitorang stay kat Coral Bay je di mana seminggu sebelum pergi Kak Lin dah book online sesiap. Not bad. Tenang je rasa. Hotel yg kitorang stay selama 3 hari ni namanya Senja Bay. Overall aku bagi 3 bintang. Bilik bersih, katil king, ada aircond, ada heater and sea view as well as 24 hours electricity. Satu malam RM130 untuk weekdays and RM160 untuk weekend. If korang nak pergi Pulau Perhentian Kecil dan nak stay kat Long Beach, kat sana banyak resort backpackers yg murah-murah. Bolehlah nak save budget. 

Dari dalam bot dah nampak Senja Bay. Bebetul tepi pantai. Yang warna merah coklat tu lah Senja Bay.
Disebabkan kitorang sampai awal, kena tunggu lebih kurang 2 jam jugak lah sebelum dapat check in. Sempat lah makan sebijik burger dekat Fatimah Chalet. Harga sebijik burger ialah RM6 untuk yg biasa.

Aku je excited. Yang lain tu jeles. Haha!

Tips: Kat pulau ni makanan dia memang mahal. 2 3 kali ganda jugak compared dengan harga biasa. So, sediakan wang seguni ok or kalau nak lagi jimat bawak makanan siap-siap.  Sebab kat sini tak ada ATM.

Setelah 2 jam menunggu dengan sabar sambil mengata abang sado berkulit hitam manis tapi gigih pakai sunblock sampai kulit hitam manis tu bertukar kelabu asap, tibalah waktu kitorang check in. Masuk bilik je terus terbungkang atas katil. Nasib katil besar. Kira selesa lah untuk 3 orang tido. Lepas tu mandi and solat and mebuta untuk kali ketiga. Balas dendam sebab tak sempat tido dalam flight.

View from our room. Ah damai!
Petang tu, tak ada aktiviti sangat. So, kitorang berjalan ke Long Beach untuk ambil angin and nak tahu tahap ke-happeningan yg digembar-gemburkan oleh masyarakat sejagat itu. Boleh tahan penat jugak lah dari Coral Bay ke Long Beach tu. Ada dalam 10 ke 15 minit jugak lah sebab track ke sana jalan dia berbukit sikit.

Track ke Long Beach dari Coral Bay
Masa kitorang sampai, ombak kuat sangat. Makcik Fatimah Chalet tu pesan jangan mandi sebab semalam ada orang mati lemas. Tapi biasalah, manusia selagi tak kena dia takkan dengar. Ramai je aku tengok orang mandi manda. Pondan pun ada terdampar bak dugong. Haha. Biasanya ombak tak kuat sangat dan boleh mandi. Rugilah pergi pantai tak mandi kan.

Ombak kuat. Best kalau surfing. Kalau ikotkan hati nak je terjun. Bestnya! Air jernih ya amat!


Tapi apakan daya. I don't wanna die yet! Haha! Direct je brader ni buat sign board. 
(Translate: Mu jangey berene sini. Nak mapuh?!)


Beberapa snap yg sempat dirakam. Sebenarnya ada beratus gambar kat sini. Tapi cukuplah sikit-sikit.
Lepak jap tepi pantai berbumbungkan atap rumbia.

Puas bergambar, kitorang pun balik ke Coral Bay nak tengok sun set. Tapi pantun dua kerat berbunyi begini, "Balik Coral Bay nak tengok sun set, Sun set takde". so bergambarlah kitorang dengan serpihan sun set. Jadilah dari takde ye dok?

Krik Krik Krikk

Kemudian kitorang singgah dinner dekat Ewan's Cafe. Melalui review yg aku baca dalam blog2, kat sini makanannya sedap. Apalagi, aku pon order lah Spicy Belacan Calamari atau bahasa kampungnya Sotong Masak Belacan Pedas. Takyah nak cala-cala sangat lah. Haha. Kitorang order untuk 3 orang makan sebab si Tun tu dah order benda lain.

Sempatlah jugak omputih ni melamar and live happily ever after sementara tunggu makanan sampai. Haha. Paparazi sangat!
Dah dekat sejam tunggu sampailah Calamari yg dinanti seantero alam tu. Tanjat boboi. Sebab portion dia banyak. Dalam hati banyak gumbira sebab dapatlah aku menketedarah dengan banyaknya. Dah lapar sangat, dengan lafaz bismillah aku pun amik lah Calamari tadi. Masuk je suapan pertama, sekali lagi tanjat boboi sebab tahap kepedasan dia sampai tahap pedas nak mampos sampai kau nak maki je siapa tukang masak tu. Haha. Kak Lin dngan Dee pun bengang.

"Bang, sotong ni memang pedas macam gini ke bang", tanya Dee pada abang waiter. 

"Hooo lah. Doh namo pun spicy key". (baca dalam nada loghat klate sesat).

Kitorang hanya mampu mengerutkan dahi sambil menyumpah dalam hati. Untuk hilangkan pedas tu, kitorang terpaksa celup sotong dengan kuah tomyam. Itu pun still berasap. Haha.

Nampak menyelerakan. Tapi satu suap dah boleh buat telinga kau berasap. Bayangkan nak kena habiskan dua pinggan? 

Tips: Kalau makan kat sini, portion untuk satu lauk agak banyak. Untuk sepinggan boleh makan 2-3 orang. So, order lah satu je ok melainkan korang adalah species badak sumbu. Boleh jimat, sebab sekali makan boleh cecah RM20- RM30 sorang. 

Selesai makan, kitorang pun balik bilik and plan untuk hari esok. Esoknya aktiviti yg paling aku nantikan iaitu snorkeling. Finding NEMO! Tapi nanti aku update kat entry lagi satu ya. Penat dah menaip. Tunggu tau! 

Thanks for reading this entry!

Klik sini untuk baca Part 2 :)


























11 comments:

Azney Shamsuddin said...

bestnyaaaaaaaa. teringin nak pergi. hihi

Nurul Syafiqa Jenn said...

Update lagi ya! Teringin nak pergi Perhentian jugak.

Cik Nathrah said...

azney: pegilaaa mmg best!!

Nurul: nanti sy update ye.

Aisyah Latip said...

mmg ade feri ye nk ke pulau perhentian kecil ni? sbb tgh preggy risau nk naik speed boat

nhhas said...

okay bookmark dulu untuk pedoman ke perhentian nanti.

Cik Nathrah said...

Aisyah: utk pregannt sgt tak digalakkan pergi sbb mmg wajib naik speed bot. Hentakan kuat

Cik Nathrah said...

Utk pregnan mmg tak digalakkan pegi drar. Hentakan kuat

Saiyidah Basri said...

cik natrah..nak tanya, bole bagi no kereta sewa yang natrah guna dari airport ke jeti kuala besut tu?and berapa caj dia ye?tq..

Saiyidah Basri said...

cik natrah, bole bagi no kereta sewa yang natrah naik dari airport ganu ke jeti kuala besut tu?or mana2 kereta sewa?hee.tq..

Cik Nathrah said...

Dear boleh baca part 2 punya ye. Ada saya tulis kat entry yg tu. Btw ni no owner van tu. 019-9549938. Amran

Pakej Pulau Perhentian said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Pulau Perhentian serendah RM310, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!