Thursday, May 28, 2015

Kenapa pilih Kursus Pengurusan Hartanah?

Assalamualaikum!

Haritu aku janji nak bagitau budget pergi Bandung berapa kan. Tapi last2 aku decide malas nak buat entry tu sebab malas. Hahaha. Itu je alasan paling kukuh aku boleh bagi. Lagipun korang boleh google sendiri nanti. Maafin guwe ya. *sambil kelip2 mata ala sin chan

So harini aku nak cerita sikit pasal Kursus Pengurusan Hartanah ni sebab sejak akhir2 ini aku telah dihujani oleh soalan2 mengenai course ni. Sebenarnya aku baru perasan message2 tu dekat inbox FB aku. haa amik kau berderet soalan especially lepas result SPM keluar haritu. Haha. Kot2 budak2 ni pun dah selamat dah isi borang UPU tu. Nasib lah ko dik dapat kakak malas update blog.

Ok malas nak berjela sangat intronya so kita startla cakap pasal hal ni. Aku faham ramai yang confius and tak tau langsung pasal kewujudan course ni. Nanti kerja apa. Senang ke nak dapat kerja. Belajar apa nanti. Bermacam persoalan membelenggu diri. Don't worry, kakak feel u adik. Kakak kan baik serta comel. Meh akak terangkan satu-satu ya.

Untuk adik-adik yg SPM tak berapa nak gempak atau result matrikulasi tak flying colours sampai terkubur impian untuk bergelar seorang doctor, this entry is meant for you. Entry ni panjang jugak ok. Tapi insyaallah i will make it short and simple.




Kenapa Cik Nathrah  pilih course ni. Why tak amik medic ke engineer ke?

Soalan ni sedih. Hahaha. Ko dah kenapa sedih pastu gelak. Sebenarnya adik2, hidup ni bukan macam kita tengok dalam tv je. Oh, asal nak masuk U je kena amik engineer. Sooo boring u know. Ceh padahal tak layak. Disebabkan zaman matrik aku main-main and langsung tak serius, belajar malas dan sebagainya, result matrik aku boleh dikatakan so-so je lah. Kira kalau nak amik medic tu dalam mimpi je lah. Masa tu mula lah rasa, alamak layak ke tak aku nak masuk U. Takut sangat kecewakan harapan orang tua. Perasaan cuma Allah je tau. So, aku pun isi lah borang UPU dengan harapan dapatlah jejak kaki kat menara gading. Aim aku time tu nak masuk U je. U know our people, kang tak masuk U mengata pula. Kesian mak abah aku nanti. Aku letak course ni pilihan paling last sekali. Sebab nampak macam tak glamour je, dengan harapan tak ramai yg apply. Sebab macam aku cakap tadi aim aku asalkan dapat masuk U je.  Dah memang rezeki kat sini, so itulah yg aku dapat.

Pengurusan Hartanah tu apa ye?

Dalam bahasa Londonnya course ni jugak dipanggil "Estate Management"or "Property Management". Tapi....haa ada tapi jugak tau. awak jangan confius pulak antara estate ladang tu dengan estate yg aku cuba sampaikan ni. Estate kat sini bermaksud hartanah. Ok, jangan feeling sangat nak jadi pengurus ladang. ok? So, course ni adalah berkaitan dengan property. Its all about property people. Kawan-kawan matrik aku mostly amik course berkaitan dengan sains. Aku? Jauh sangat lari bidangnya. Yelah, dari tingkatan 4 sampai matrik amik pure science tup tup masuk U tak apply langsung apa yg aku belajar bertahun tu. Penat je aku ingat pasal tiub fallopio segala tu. Ceh. Tapi, ada hikmahnya jugak. Dapatla jugak ilmu sikit-sikit. 

Kalau saya nak ambil course ni, kat mana ya?

Walaupun result SPM awak tak berapa nak gempak, awak jangan lah putus asa. Jangan lah pula berangan nak jadi driver Dato Hassan (bukan nama sebenar) kemudian bercinta dengan anak Dato Hassan pula ya. Itu semua drama je. So, bangkit ok bangkit. Marilah kita berusaha untuk memperbaiki hidup. Tapi tak jamin la boleh senang sangat di zaman GST ini. *sigh. Untuk sijil awak boleh apply dekat Institut Penilaian Negara (INSPEN). Dah lulus, boleh sambung Diploma and Degree.

Diploma ada dekat Uitm Perak and juga UTM if tak silap.Kalau silap harap di maafkan dan dengan pantas sila guna khidmat masyarakat pak cik google. Manakala untuk degree pulak, cuma ada 4 je IPTA yg tawarkan kursus ni iaitu UM, UITM, UTM and UTHM. Untuk yg dah ada diploma, contoh Diploma Pengurusan Hartanah dari UITM, awak boleh lah apply degree dekat UITM jugak sebab apa yg bagusnya awak boleh transfer kredit terus. Jimat masa, boleh kawin cepat! Amboi gataii ko ya.


Berapa lama ye nak belajar? Bukan apa, pakwe saya cakap lepas belajar terus nak kawin.

Ok, untuk sijil biasanya mengambil masa lebih kurang 2 tahun kalau tak silap. Manakala untuk diploma 3 tahun. Degree pulak 4 tahun. Oleh sebab course ni course profesional (sama macam engineer, lawyer and architecture) maka course ni 4 tahun. Bangga tak yg sebenarnya korang ni amik course profesional walaupun tak femes. Haha. Tapi, kalau adik gatal sangat nak kawin cepat, boleh apply dekat UITM sebab course ni 3 tahun je. Sebab jadual pembelajaran kat UITM tersangatlah pack. Kadang-kadang class sampai pukul 6 ptg dari pagi. Tapi, walau macam manapun UITM tetap dihatiku sentiasa. Gitu. Lagi satu, kalau awak dari diploma terus sambung degree awak cuma ambil masa 2 tahun je sebab boleh transfer kredit. Jimat kan?Nak kawin cepat kan? There u go.


Subject apa dalam course ni? Adakah ia susah?

Aku jawab soalan belakang tu dulu. Jawapannya tak susah. Depends pada orang jugak. And juga universiti. Lain U, lain cara penyampaianya. Kalau UITM, bagi aku course ni tak ada lah susah mana. Sebab kat matrik dulu lagi susah. Nak nak belajar biology. Aaaa taubat! Antara subject yg core iaalah subject valuation, economy, law, building maintenace, account, property management, marketing and estate agency.

Ala, tapi kita tak pernah belajar Account..boleh ke amik course ni?

Dari zaman sekolah, tak pernah belajar account jugak. Masuk matrik pun belajar Sains je semua.  Kita serupa dik. Takpe, lagipun subject macam akaun or economy tu ko belajar basic je. Bukan susah mana pun. Wat lek Wat peace je. ok?

Dah habis belajar nanti kerja apa?

Jadi doctor. Tapi dalam mimpi. Hahaha. Tak lawak ke? Em..ok

1)Penilai (Valuer)

Haha. Ok, antara kerjaya yg korang boleh ceburi lepas habis belajar adalah sebagai seorang Penilai atau nama glamournya valuer. Ketika entry ini ditulis, aku masih merupakan seorang valuer. Best sangat ke jadi valuer? Best kot? Sebab kerja kau berjalan je melihat alam. Kalau yg jenis tak suka stay kat ofis je, maka this job is the best for you! Kalau yg jenis nak jaga muka sangatt, rentikan lah. Valuer ni kerja dia adalah menilai berapa harga semasa sesuatu harta tu. Contoh paling senang, client ko nak beli rumah, so kita akan tentukan nilai semasa rumah tu untuk luluskan loan dia. Tapi tak semestinya rumah je. Semua jenis property kita kena nilai. Contoh airport, F1 circuit, ladang etc. Malas nak cerita secara teknikal sangat, nanti korang pun pening. 


2)Ejen Hartanah (Estate Agent)

Ramai kata kalau jadi estate agent ni boleh jadi jutawan. And jawapan aku adalah yes. Dengan syarat awak rajin dan sabar. Bukan senang nak senang kan. Kalau korang amik course ni, pengetahuan korang dalam property lebih luas. Client pun lebih yakin. Takdelah kena tipu kan. Tugas utama ejen ni adalah sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli. InsyaAllah at least 2-3% keuntungan daripada harga harta tu milik korang. Kalau property juta-juta..masyuk masyuk.


3) Pengurus Harta 

Pengurus harta ni biasanya diperlukan untuk property besar-bear macam KLCC or shopping complex. Dia lah yg uruskan pasal selenggara bangunan, aduan2 pengguna, sewa dan sebagainya. Kalau hati kental dan hati kering sangat digalakkan la jadi property manager. Sebab lain manusia ni lain ragam dia. Ko kena handle bermacam jenis manusia.


4)Lain-lain

Selain yg dinyatakan kat atas tu, korang boleh apply dekat jabatan kerajaan macam pegawai penilaian, pegawai tadbir or sebagainya. Untuk bidang ni, kita di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Fungsi dia sama macam valuer tadi, cuma kali ni ko kerja dengan kerajaan. Selain dari JPPH korang jugak boleh apply jawatan sebagai pegawai penilaian dekat majlis2 daerah seluruh Malaysia. Selain tu jugak, korang boleh kerja dengan developer or syarikat korporat yg lain mcam Sime Darby dan sebagainya.

Tapi, takkan nak kerja macam ni je seumur hidup?

Kalau awak betul-betul minat dalam bidang ni, insyaAllah awak boleh pergi jauh. Sebab bidang ni dikawal dan dipantau oleh Board of Valuer, Estate Agent and Appraiser (BOVEA) di mana segala kegiatan korang akan dipantau oleh lembaga ni. Bukan lembaga hitam ya.

Selain itu, utk menjadi pakar dalam bidang hartanah ni, awk boleh apply untuk jadi Registered Valuer (RV) di mana korang perlu mempunyai pengalaman sekurang2 nya 2 tahun then perlu isi log book, interview and kalau berjaya boleh jadi RV and jadi kaya. Haa fairytale sangat. Nak dapat title RV ni bukan senang. Korang kena mahir semua pasal hartanah, law mengenainya dan sebagainya. Kalau jadi RV korang just sign report je and kalau ada rezeki boleh bukak company hartanah sendiri. Best tak? Bunyi good2 je kan. Tapi nk laluinya bukan senang. Kena minat, usaha and tak putus asa. Tak mustahil! Eceh. Padahal aku pun tak tulis pun lagi log book tu. Haa..kalau korang jenis pemalas nak tulis log book tu, korang boleh la tunggu 10 tahun lagi, then isi list of experience macam tu, submit kat board then pergi interview terus. Ni jalan panjang sikit lah. Kalau tak sabar leh lah lepas 2 tahun isi log book tu. Tapi tak semestinya sekali je pergi interview korang dah lepas. Ikut nasib and rezeki. Kalau dapat interviwr yg strict maunya 10 kali jugak.

Kesimpulannya, Allah dah tetapkan rezeki kita sejak dr luth mahfuz lagi. So, jangan risau. Just hadapi dengan tenang. Lagi satu, kita kena bersyukur sebab bukan semua org boleh masuk U especially IPTA. Last but not least, semoga entry ni sedikit sebanyak dapat membantu ok. GOOD LUCK 😊

Kalau ada soalan boleh la komen kat bawah ni ok.

Thanks for reading this entry :)




38 comments:

cik hani said...

Tak kira bidang apa pun, yang penting Nathrah Berjaya kan.. Rezeki dalam bidang ni.. Janji seronok dengan apa yang kita buat..

FarizDanialz said...

aku follower blog ni sejak tahun 2010 lagi.. suka baca celoteh ko 'buat lawak tapi sebenarnya tak lawak.' hahaha

well, good information for pengurusan hartanah, student aku (aku cikgu sekolah) ada tanya, tapi aku tak reti nak jawab. aku sendiri tertanya kerja apa tu ek..

Cik Nathrah said...

cik hani: alhamdulillah...boleh lah nak kata seronok..hehe

Fariz: thanks fariz sebab sudi follow dari 2010. Boleh lah suruh students tu bukak blog ni kalau diorang tanye. HAHA

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Nur Fannun said...

pndai ey cari tapak nk msuk u..

Izmel Azim said...

salam boleh saya dapatkan email tuan blog? saya amat berminat utk tahu dgn lebih lanjut mengenai bidang hartanah ni. tkasih :)

kaiser fariz said...

sempoi makcik ni..... u r on the right track.... go for real estate dik... big opportunity... tapi jiwa kena kental. sesekali kena jadi sengal.... sbb ari2 buat sales.... org buat sales je yg income berdezup dezup...

Cik Nathrah said...

Izmel: nathrahkhai@gmail.com

Kaiser : alhamdulillah :)

Arif Zulfakar said...

kak, macam saya ni kat sekolah saya belajar prinsip perakaunan. tapi masa spm saya gagal dalam subjek tersebut manakala subjek lain berada di tahap kepujian dan keatas. layakkah saya apply course ni?

Cik Nathrah said...

Kena tgk syarat setiap course sebelum isi borang UPU. Semak balik syarat

Cik Nathrah said...

nathrahkhai@gmail.com

Shahrul said...

Hahahaha..tergelak2 saya baca blog akak.. We seems satu kepala la..mcm gila2 ckit..haha..btw.. Saya pun ad isi borang upu and letakkan kos ni bawah sekali..kat pilihan 12.. Uitm.. Sy lepasan stpm 2014/2015 dan akan sambung degree September 2016 ni..tggl 5 bulan je lagi..saya nak tanya kat kak Nathrah.. Kos ni stress yang menggila2 ke kak?hmm..sy nak tips dari akak..if it's stress gila2.. Tell me how you cope with that stress.. Sebab akak ad pengalaman..share please.. Kalau nak exam or test or kuiz.. Akak study bila,mcmmana, in short cara akak study la..munngkin boleh bagi saya inspirasi ..ye Mmg betul..cara org belajar Mmg berbeza2.. But sy nak tau jugak just in case sy dapat course ni..for at least..sy dah ad ilmu dan bekalan yg akak ajar sy..and akak dpt pahala yg berpanjangan as long as sy amalkan and sebarkan kat org lain..betul tak..hehehehehehehe..

Cik Nathrah said...

Sorry la akak ni study last minit je. Mcm tak ptut dicontohi je. Haha. Apa pun cara paling berkesan adalah buat study grup je. InshaAllah ok. Course ni ok tak stresss mcm engineeretc

Anonymous said...

Cik natrah..mmg aunty tercari2 ttg course ni..sebabnya?....anakanda dpt course ni tp mcm blur plak ...mmg kt uitm seri iskandar je ke course ni?tq foe the info..it helps us a lot..

Anonymous said...

Akak skrg keje ape ?

Afix CRufix said...

Aslm Kak, Sy dapat matrik yg bidang sains Punye But cita2 sy ialah ejen Hartanah. For matrik yg Saya akan masuk nanti, better stay dgn bidang sains atau tukar akaun je ? Satu lagi Kalau nanti habis matrik Pastu keputuSan UPU kite x dapat hartanah Punye. Camne eh Kak ?

Cik Nathrah said...

If tak salah utk kos ni ada di puncak alam dgn seri iskandar je ��

Cik Nathrah said...

Valuer dik

Cik Nathrah said...

Ada di puncak alam dgn seri iskandar je aunty

Cik Nathrah said...

Akaun lagi better kalau dah ada arah tuju nak jadi apa. Kalau nak jadi engineer ke apa amik sains. Nak jadi agent hartanah boleh je belajar dekat institut penilaiain. Amik sijil 😊

Anonymous said...

Assalam akak . sy nak minta pendapat akak.sy gagal dalam permohonan upu dan juga mendapat surat tawaran Usahasama UTM di Unifield international College.sy berminat dalam bidang pengurusan harta tanah ni. boleh akak bantu sy nak tahu program usahasama utm dkt uic ni betul baik ? dan patut ke sy terima tawaran ni? atau sy perlu menunggu keputusan rayuan upu yg telah sy mohon. jawapan akak sgt sy perlukan :) terima kasih

Cik Nathrah said...

Wslam...maaf dik akak tak sure kalau usahasama ni bagus ke tidak.. tp better tunggu rayuan dulu :)

wan nur afiqah said...

Kita pun students inspen

AisyahAnis said...

salam kak, saya nak tnya cmne na kira marriage value

Zulaikha Adrina said...

Saya dapat course property management in utm dan course food technology di usm.. Pendapat akak mana saya patut pilih...

Cik Nathrah said...


Zulaikha Adrina: better buat pilihan yg tepat dan bertanya pada senior dlmm bidang food technology tu sebab saya tak berapa sure apa scope pekerjaan dia. dan lebih penting buat research juga. hehe. lagi satu jangan lupa solat istikarah


Aisyah: alamak menguuji betul soalan ni. kalau tak salah saya, marriage value ni adalah value yg bila combined jadi lagi tinggi kalau value satu - satu. contoh: ada kilang atas 2 lot tanah. kilang tu berada tengah2. so kalau nak jual kena jual dua2 lot kan. sebab kilang tu ada atas dua2 tanah. alamak berbelit plak. haha. better tanya lecturer adik la eh. kang terbagi ajaran sesat payah lak. :)

Aq Fawwaz said...

Kak, basic gaji lpasan diploma or degree brpa ea?. Kira paling kurang lha?.

Cik Nathrah said...

Aq FawwaZ: haha adoi soalan dia ni sensitif betul. Gaji valuer ni tak la tinggi mana pu. Tapi kebiasaannya company akan ada mileage claim dan juga komisyen. Average sebulan utk fresh gradr dalam RM2500 la. Tapi depends pada company ye. Biasa gaji pokok mmg ciput :(

In Shaa Allah said...

wah sonoknye baca blog akk...trima kasih ye bgi info pasal kerjaya ap....dalm kepala otak ni duk bercita cita nk jdi pengurus harta...mcm sonok je..

Khairul Annuar said...

Assalamualaikum! kat mn blh dptkan kursus utk jd broker hartanah.klu blh kursus segera

Cik Nathrah said...

Khairul Annuar: Tak ada jalan singkat utk berjaya. Wah gituu. Rasanya paling cepat setahun setengah di INSPEN utk dapatkan lesen estate agent tu. Tapi masih kena pergi interview dekat board :)

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..NK TNYA AP BEZA KOS HARTANAH DAN HARTA TANAH ??????????

Cik Nathrah said...

Anon: tak de beza. sama je. hartanah tu singkatan je bagi harta tanah.

Az Lin said...

Salam sis..nak tnya la klau part time course prop.mngmnt..di utm ok ke..sama ke mcm bljar full time ...

Az Lin said...

Salam sis..nak tnya la klau part time course prop.mngmnt..di utm ok ke..sama ke mcm bljar full time ...

Cik Nathrah said...

Az LIn: Ok je.. ada budak ofis ambik part time dulu.. 4 tahun rasanya..kelas sabtu ahad.. sama je module

Nyna Rahman said...

Assalamualaikum.. sy ingin mnx pendapat akk ttg tmpat y sesuai utk mmbuat latihan industri bg penilaian hartanah.. sy da cbe bnyak kali cari syarikat2 y ambil pelajar LI.. tp masih xjumpa,,

Cik Nathrah said...

Nyna Rahman: Cuba try MN Associate KL