Wednesday, May 13, 2015

Bercuti Ke Pulau Perhentian - Part 2


Assalamualaikum!

Seperti yg dah dijanjikan tempoh hari, entry ni adalah sambungan daripada entry PART 1 tu ari. So, hari kedua ni aktiviti utamanya ialah island hoping. Seawal 10.00 pagi kitorang dah tercongok depan kedai Fatimah Chalet lagi sekali sebab kitorang ambil pakej snorkeling dengan dia. Sebenarnya, banyak pakej yg korang boleh pilih. Ada yg 3 point, 4 point, 5 point dan point-point. Pilih mana suka je. Satu pakej boleh dapat serendah RM30 je depends pada skill nego jugak. Tapi disebabkan kerek dan banyak duit (ok gurau je) kitorang request nak private jet, eh silap, private bot, so that abang bot tu bawak kitorang je dalam satu bot. So, terpaksalah bayar RM75 sorang untuk 5 point sebab harga satu bot RM300 termasuk singgah di Fishermen Village untuk lunch. Sebenarnya kalau ramai, lagi murahlah. Sebab kitorang 4 orang je jadilah mahal. Gitu.

Excited gilaaa time ni.  Aku rasa kalau nak buat exspresi excited memang kena nganga luas-luas kot. Baru nampak sikit keterujaannya tuh. Kan?

Actually, tujuan utama aku nak sangat snorkeling ni adalah untuk carik ikan NEMO tu sebab last time masa aku pergi Tioman aku tak jumpa. Haha. Excited gila.


Muka tahan panas. Masa ni baru nak gerak. Abang tu tak pasang kanopi lagi. Haha.

Sampai point 1, aku pon terjun ke dasar laut. Ok takyah nak dasar sangat lah. Sebab sedar diri pakai life jacket, maka terjun ke permukaan je sudah.  Masa ni excited lebih sikit lah sebab lama dah tak menyelam dalam laut. Kalau baru first time cuba snorkeling ni, confim ko telan air laut sampai kering tekak. haha. Nasiblah masa ni aku dah pro.

Ikan-ikan yg menanti kedatangan kami. Marilah berenang bersama kami. Kata mereka. Cewah. Dari atas bot dah nampak .

Bila dah boring kat sini, abang bot bawak ke point seterusnya. Masa ni ombak agak kuat, so agak penat jugak lah nak mengayuh. Apa yg aku boleh cakap, setiap point tu ada kelebihan masing-masing. Dan cantik gila! Tapi sunyi je. Kalau ko berenang sorang-sorang confirm tak perasan sebenarnya ko dah jauh dari point asal ko mula terjun tu. Sebab keindahan dalam laut tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ikan perlbagai warna walaupun majority ikan belang tu je conquer.



Sebab ralit sangat, bila ko timbul ko akan nampak bot ko tu jauh dan mulalah menyesal sebab nak tak nak ko kena patah balik kat bot tu. Nak je aku panggil abang bot tu datang ambik aku. Nasib lah aku ni cuma rakyat marhaen. Kalau aku orang berkuasa dah pasti aku mintak abang bot tu dukung masuk bot. Over tau!

Antara view yg sempat dirakam.


Nak dijadikan cerita, si Dee ni rupanya mabuk laut. Terbaring je dalam bot. Tu lah, haritu bukan main ko gelakkan minah salleh tu kan. Haha. Ampun Dee!

Atototot..Cian dia ye.  Aku tido dalam iman.

Sementara tunggu Dee recover sempat lah aku amik gamba lompat2 tapi haram semua tak jadi. Haha!


Lebih kurang 1 jam lebih kat situ, abang tu bawak kitorang ke Turtle point. Bila sampai kat sana, banyak gila bot tengah berpusing-pusing mencari penyu yg tak kunjung tiba. Mungkin rezeki kitorang, tak sampai 5 minit menyanyi lagu ikan kaloi versi penyu tiba-tiba penyu muncul bebetul kat sebelah bot kitorang. Haha. Comel gila. Bot-bot yg lain pun menghampiri lah kitorang. Tak sempat nak amik gamba sebab masa nak snap gamba penyu tu, camera handphone tengah mode 'front camera'. Mungkin jugak phone tu nak bagi isyarat bahawa muka kau pun dah serupa penyu. Oh kejam!

Singgah lebih kurang sejam dekat kampung nelayan untuk makan tengah hari. Banyak bot nelayan parking dekat sini

Last point, abang bot bawak kitorang pergi Romantic Beach di mana rumah NEMO kat sini. So, akhirnya tercapailah impian aku selama setahun menanti.

hai NEMO! awak cute sangat :)

Oh ya, biasanya kalau korang pergi snorkeling, ramai yg ambik pakej terjun dari rumah api. Kat sini, abang bot akan abwa korang ke rumah api, korang panjat then terjun lah dalam laut tu. Tapi kitorang tak ambik pakej tu pun. So, sesiapa yg berbakat macam Pandalela boleh lah try.

Senja tu, operasi nak tengok sun set lagi sekali sebab last time dapat serpihan je kan.  Kali ni kitorang lepak awal sikit, sebab takut ketinggalan. Berkat kesabaran, akhirnya dapatlah jugak tengok sun set yg diidamkan sangat tu.


Orang kata kalau pergi Perhentian ni tak sah kalau tak pergi kincir angin. Boleh lah kau nak feeling-feling Amsterdam even hakikatnya ketiak kau basah dek panas dan tracking yg tak berapa mencabar tu. Keesokan harinya pergilah kami berempat mendaki bukit utnuk ke kincir angin tersebut. Walau tak berapa mencabar, penat lah jugak sebab dah lama tak exercise. Antara kitorang ber-4 ni aku lah orang yg paling slow. Diorang semua kena tunggu aku. Haha. Penat gila. Lebih kurang 30 minit meredah onak duri, sampai lah kau kat puncak bukit tu.

Penatttt!!!


Tips: Kalau nak pergi sini, elok lah pergi awal pagi sebab bila dah tengah hari ketiak korang maybe akan lenjun umpama laut china selatan. Haha! Dan pakai seluar, tak yah nak feeling princess pakai skirt bagai. (padahal aku yg  plan nak pakai skirt tu. muahaha).


Dua ketul je kincirnya :)

Dari atas ni korang akan disajikan dengan view seluruh pulau yang  sangatlah awesome! Aman damai dan tenang sekali! Cewah. Boleh lah kau berangan kat sini tanpa gangguan. Tapi aku tak sempat berangan pun sebab penat ya amat.

Cantik kan?

Tapi kalau takde 4 orang yg mennyibuk tu way better kot? Haha!

Sampai bawah sekali lah kitorang turun. Masa ni seronok lah bergambar bagai. Nak naik balik ke atas tu memang menyumpah dalam hati lah. Haha! Kitorang plan nak bukak kedai air dekat atas tu. Sebab bila naik balik sumpah sesak nafas. Air..air...Batu Caves pun kalah..Turun laju je kan.

Malam tu lepas dinner kitorang straight away ke Long Beach untuk menyaksikan pertunjukan api. Maybe masa ni abang api ni cedera, so pertunjukannya agak hambar. Aku siap menguap-nguap lagi dek kebosanan. Ek eleh bang. Setakat pusing-pusing api pastu letak celah kangkang buat apa bang. Bentak hatiku. Dalam hati jelah berani kan. Haha. Kang cakap kuat-kuat kang dibuatnya abang tu lontar api kat aku acane? Jadi bola bola api paling comel la sudahnya. Sebab bosan, kitorang pun blah cepat dan balik tidoo.

Abang api yg hambar. Sorry bang.. Boring.....!
Pagi tu lepas solat subuh aku sambung tido. Diorang bertiga pergi Long Beach nak tengok sunrise. Sebab betis aku sakit sebab tracking ke kincir angin semalam, aku tak join. Haha.

Bila dah 4 hari dekat sini, bila tiba hari nak balik, berat sangat hati. Malas gila.Lagipun macam tak puas tengok air laut dan berendam dalam air laut even hakikatnya kalau laut tu boleh bercakap mesti dia akan cakap "ko tak reti-reti nak balik ke". Ceh. Sampai hati. Tapi, insyaAllah kalau panjang umur nak pergi lagi. Sebelum balik sempatlah kitorang merakam gambar tepi batu depan chalet sebagai kenangan. Dengan itu tamatlah percutian aku dan kawan2. Bye Perhentian. See u again. Nangis. Sobs.



Ok, before korang tanya, bawah ni adalah budget aku untuk ke sini (tak termasuk penginapan kat Kuala Terengganu).

Ticket flight: RM150 (return)
Kete sewa:  RM75 (return) (per person)
Bot & marine park : RM75 (return)
Hotel (3 malam) : RM 318 (per person)
Snorkeling : RM75 (per person) * boleh dapat murah lagi. sebab kitorang private bot, so mahal sikit.
Makan (4 hari) : Lebih kurang RM50 sehari (portion banyak dan sedap dan fresh)


Oh ya! untuk sewa kereta boleh lah contact Encik Amran, D'Ammar Holiday  ni. Rate insyaAllah murah. Satu van tu leh muat 16 orang. Harga satu van, so boleh jimat kalau pergi ramai.  Ni no telefon dia 019-9549938.  

Kalau sebut nama aku, confirm dapat diskaun. Hahaha. Memandai je kan. Kalau tak dapat diskaun jangan marah ok.  Boleh klik kat  D'Ammar Holiday ni untuk lebih info ok.  


With that, aku nak pesan  pergilah bercuti dalam negara. Sesungguhnya dalam negara pun banyak tempat menarik juga.  

Thank you for reading this entry!





















7 comments:

mariatul_m0hamadiah said...

OKAY. i is jeles sangat! nak pergi jugak..

Apel D. Doragon said...

Heee x gi shark point kee.. berenang ngan jaws

Cik Nathrah said...

mariatul: pergilah. worth your money :)

apel: tak pegi pun. berenang dgn ikan belang je. hehe

Unknown said...

dalam air tu pakai camera ape .jelass lawa gila 💕

Unknown said...

dalam air tu pakai camera ape .jelass lawa gila 💕

Cik Nathrah said...

unknown: Go pro :)

Alia said...

Hai. Nk tnye. Setiap kali turun naik bot tu, die turun kan kat air ke?? Susah tk nak naik?