Monday, August 29, 2016

Bercuti ke Bali Part 2

Assalamualaikum!

Fuhhh punya lah lama nak update entry Part 2 ni. Amnah pun dah selamat kawen dan dah pregnant baru aku nak update. Haha. Ok pada yg belum baca PART 1 tu, sila lah baca dulu ye. Meh nak sambung cerita yg hampir setahun lepas ni. Lets cekidaut. Ya ak auw! 

Day 3

Harini macam biasa kitorang janji dengan Agam pukul 830 pagi amik kitorang kat hotel. Tapi biasalah, manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Gituu. So sebab si Dell  very slow the motion aku pon whatsapp la si Agam tu amik kitorang pukul 9 pagi, Maaf ya Agam!

Destinasi pertama harini adalah Pantai Pandawa. Dengar cerita, feymes la jugak. Tapi aku pun pelik apsal la time pagi buta macam ni Agam bawak kitorang pegi pantai, Haha. Tapi layankan je lah, View memang cantik. Tapi masyaAllah panasnya lah. Amik gamba kejap, berdesup masuk dalam kereta nak aircond punya pasal. Haha.

Land mark Pantai Pandawa. Haaa :)
Beautiful blue sky. Haa jangan disangka biru itu indah. Panas nak mampoih. Tapi biew memang cantik gila kan?

Dell memang pandai berlakon. Weii buat2 kita tengah happy gelak2 wei. Mesra2 sikit wei. Tu belakang tu macam lukisan dak??

Next destination, Agam bawak kitorang pergi Pura Luhur Uluwatu. Kat sini memang wajib pergi sebab view memang sangat cantik. Tapi  hati-hati sikit sebab kat sini banyak monyet. Dah la suka rampas barang orang. Kat sini sila jangan berangan nak pakai sun glass ya. Kalau yg beli kat uptown macam aku ni takpe la jugak. Kalau yg stock Dior lah bagai tu haa naya je jadi hakmilik terpelihara Mr Ah Nyet nanti hehe. Masa untuk pergi ke sini dalam 2 jam jugak kalau tak silap. sorry lupa sebab nak dekat setahun dah kan cerita ni. Kekeke

Fokus pada muka aku dengan Amnah. Masa ni ada 3 ekor monyet tetiba datang ke arah kitoramg. Punya cuak. Dah lah tepi tebing. Hahaha. Pandai monyet2 ni pilih awek2 cun kan? Haha. Btw, cantik kan cliff kat belakang tu?
Worth for a selfie. Cantikkk nyaaa yg kat belakang tu. Dell masa ni tengah dating ngan Agam. Saje bagi privasi kat diorang mengenali hati budi. haha
Pandai Agam ambil gambar :)
Dah puas bergambar kat sini, kitorang singgah shopping dekat Krisna. Tapi aku tak berapa ingat, ada lagi satu tempat unyuk shopping jugak. Barang2 souvenier murah-murah kat sini. Macam tshirt, keychain apa semua ada jual kat sini.

Balik tu singgah solat kat masjid sebelum Agam bawak pegi tengok sun set dekat Pantai Jimbaran. Kat sini banyak restoran tepi pantai mengadap laut. Best sangat. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar muka. Syahdu je.

Suasana di tepian panrai. So romatik. Jeles betul tengok orang dating. Bila tah nak ada shuben. ;p
Makanan kat sini agak mahal jugak. Tapi kalau nak merasa boleh je. Tapi kitorang tak order makanan pun masa kat sini sebab masing-masing dah kenyang makan ayam penyet sebelum solat tu.

Punya serius nak order. Last-last order air teh botol je. Hahaha. Poyo. Senget2 tudung iols angin punya kuat.

Haaa lagi satu, kalau datang pantai ni jangan lupa try jagung bakar dia. Ada perasa pedas masin manis tu. Sedap sangat hingga menjilat tongkol uolss. Haha tapi tu lah, masa kitorang duk lepak menunggu sun set, adalah acara pemujaan bagi kepercayaan agama Hindu kat sana. Seram jugak la dengar jampi serapah diorang tu. Kalau dengar tengah malam mau demam seminggu.

Amboi feeling sangat. Haha!

Konon artisitik la dapat tangkap view cenggini kan. Haha. But its beautiful kan?
Dah puas layan perasaan, malam tu Agam bawak pergi jalan-jalan kejap sebelum balik hotel. Jalan singgah untuk shopping la sikit.  Tapi aku tak ingat kat mana tempat tu. Hahaha! Soryyyy. Balik Hotel tidooo.


Day 4


Harini last kitorang ada kat Bali. Tapi flight kitorang malam. so sempat lagi nak jalan-jalan. so, harini destinasi pertama adalah Pura Ulun Danu. Haa tempat ni sejuk berangin je. Sebijik macam Cameron Highlands. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih jugak la sebab jalan dia bengkang- bengkok.

View masa otw ke sini. Hijau jeee

 Kat sini adalah terletaknya Pura yg dibina sebelah tasik. Masa kitorang pergi ni musim kering, so tasik pun surut. Tapi view kat sini memang cun gila. Dah la sejuk. Kat sini je aku rasa cool dan tak rasa nak marah sebab panas. Haha.


Haaa kalau bukan musim panas tasik tu ada air.

Tasik ka belakang tu masa ni surut je. Ada lah nampak orang main jet ski In real, lagi cantik daripada gambar sebenarnya. Dengan gunung-gunung lagi,


Tenang kat sini banyak pokok hijau, Berangin. Tak panas, So sebenarnya banyak lagi gamba haha. Upload sikit2 je dah la.
Then, lepas tu singgah kat Tanah lot yg femes gila tu.Tapi kat sini sekali lagi aku diuji dengan suhu panas melampau. Walaupun angin kuat gila sampai nak tercabut serkup mak tapi panasnya ya Allah! Haha. Si Agam pun surrender tak nak ikot kitorang masa ni sebab tak tahan panas.

Cantik kan lumut-lumut hijau tu. Time musim kering je korang boleh turun sampai bawah ni. Kalau air pasang ambik gamba dari atas je la. Kat belakang tu kuil hindu. Tengah sembahyang berjemaah kot. heee
Otw balik pegi van, Amnah ni boleh pulak nak shopping painting kat sini. Tapi serius painting kat sini murah dan cantik2. Masa Amnah tanya pendapat aku Nat ni cantik tak, Tu cantik tak, Aku iyakan je sebab aku sebenanrnya dah panas dan tak boleh nak pikir. Hahaha. Sorry Am!

Lepas tu Agam nak hantar kitorang pergi Airport. Tapi sebab banyak masa lagi, kitorang mintak agam bawak kitorang pusing-pusing kat Jalan Legian. Jalan Legian ni banyak kedai souvenier tapi biasanya dai target pelancomg omputih. So, barang kat sini agak mahal la dari tempat lain. Tetiba nampak pantai. Mintak Agam turunkan kitorang nak amik gambar kat Pantai Kuta. Tapi masa ni Dell tak nak ikot. So, aku dengan Amnah je lah.

Pantai Kuta ni happenng jugak. Banyak jugak dugong (baca mat salleh) terdampar di tepian pantai. Water sport pon banyak kat sini. Masa ni kitorang acah-acah ambik gamba, tumpang jap la baring kat sini. Tetiba owner tempat baring ni tanya nak sewa ke tak. Kitorang kata tak tak nak amik gamba je. Marah pakcik tu, Haha. Nasib sempat amik gamba kaki ni buat modal upload kat belog.

Nathrah was here, Pantai Kuta!
Masa Agam nak hantar balik tu kitorang cam sedih jugak lah. Agam pun sedih sebab katanya kitorang best dan cantik. Ok tipu je. Agam kata dia senangg bangat sama neng geulis. Eleh padahal semua customers dia kot dia cakap camtu. Haha.

Meet our supiir, Agam :) 
So, berakhirlah percutian kitorang kat Bali ni. Memang best dapat bercuti dengan best friend. Sebab lepas tu tak tau lah bila dapat pergi lagi. Ketika entry ni ditulis, Si Amnah tu pun dah selamat jadi bini orang dan tak lama jadi mak org. Dell pulak tak lama lagi dah nak jadi bini orang. Aku je yg tak de calon lagi. Kah! Sedih mak tau.

Ok, kalau yg tanya budget pergi sana berapa secara jujurnya aku tak berapa ingat. Tapi aku boleh katakan budget tu dalam RM1000 camtu jee. Flight + hotel RM 600, Supir RM300. Haa yg lain tu makan and souvenir. Kira ok la kan? Ok dah setel hutang entry. Kalau rajin lain kali aku update lagi. Tapi tak tau la bila, Haha! Bye

P/S: Ni no SUPIR kitorang (Agam) +62822-1688-4848. Nanti kamu bilang saya ini Neng Geulis ya. Nathrah. Mana tau dapat diskaun. Hehe. 



Less than three <3 3="" p="">









Thursday, January 21, 2016

Bercuti ke Bali, Indonesia Part 1

Assalamualaikum!

Nampaknya dah dekat setahun jugak blog ni ditinggalkan kesepian. Malah entry kali ni pun dah kira agak basi jugaklah. Kalau blog ni sejenis makanan, maybe dah berkulat dan maybe berlaku proses ketapaian dah agaknya, Ketapaian?  Ada ek? Whatever lah. Hee

Ok, tahun lepas bulan November pergilah aku ke Bali bersama dengan dua orang girlpren masa matrik dulu. Memandangkan ni first time and lepas ni tak tau bila pulak kitorang dapat spend time sama-sama  maka tersetuju lah aku (*ok terrr sangat) dengan rayuan Dell dan juga Amnah.Sumpah ni percutian yg langsung tak plan and memang on the spot. Kebetulan Malindo ada promotion untuk flight dan hotel RM600 sahaja! Book tiket!

Day 1

Pada hari kejadian, berlepas lah kitorang ke KLIA2 untuk menaiki pesawat yg sepatutnya dijadualkan pukul 5.30 petang. Tapi biasalah bila promo promo ni selalu lah nak delay kan. Flight kitorg delay dalam sejam jugak lah. Tapi tak pe. Redha dan sabar jelah.
Sementara tu moh ler kita selfie sat :)


Perjalanan ke Bali ambik masa dalam 3 jam. Sampai Bali dalam pukul 9.30 malam. Masa tu jakun kejap dengan airport Bali sebab nampak cantik sangat. Sambil tunggu Amnah pergi toilet, aku dengan Dell apa lagi bergambar je lah kerjanya. Kat sini saja berapa keping dah gambarnya. Tapi yg paling win si Dell ni lah. Haha. 
Nath amik gamba aku konon tengah jalan. Tapi aku tak nak padang camera. Haa dialog Dell. Haaa tengok berapa banyak shot utk si Dell je. Ni pun bukan semua! Haha



Pak supir dah tunggu lama sebenarnya sebab Dell tak inform yg flight kitorg delay. Pak Supir ni namanya Abdul, tapi sebab dia busy keesokan harinya maka dia mintak tolong saudara dia Agam utk bawa kitorg sepanjang kat Bali ni.

Dah la lambat pastu suruh supir amik gamba pulak. haha


Sebelum balik hotel, Abdul bawak kitorg makan dekat restoran (tapi tak igt nama) pekena ayam kremes. Sedap! Oh ya! kat Bali ni macam semua orang tahu, kalau tak tahu tak pe meh aku bagitahu,  90% penduduknya adalah beragama Hindu. So, pemilihan supir penting jugak bagi memastikan tahap ke-halal-an sesuatu makanan tu terjamin. Kalau Abdul tipu, dia tanggung lah dosa kitorang. Merangkak kat padang masyar nanti. Ceh. Ugut kat sini pulak. Haha

Nama hotel kitorang stay selama 3 hari kat Bali ni Catur Adiputra Hotel, Den Pasar. Hotel ni alhamdulillah bersih dan best. Percaya tak kos utk satu malam bagi satu bilik family bawah dari RM100? Bagi aku dah ok sangat. Dah la depan swimming pool. Boleh terus terjun kalau nak. Haha.Cuma kat sini tak happening macam kat Kuta tu lah sebab Den Pasar ni mostly ada diorang punya pusat pentadbiran je. Dan lagi satu dia tak provide towel mandi. Dia cuma provide towel muka. So, kalau nak stay sini bawak towel sendiri ok?

Tu bilik kitorang bebetul depan swimming pool. *Gambar ihsan dari Google sebab tak fikir nak amik gamba sebab excited


Day 2

So, lepas dah borak sampai 1 pagi semalam, harini bermula lah pengembaraan kitorang kat Bali yg terkenal seantero alam ini. Pukul 8 pagi si Agam dah ready pick up kitorang. Oh ye. Lupa nak inform, hotel ni tak ada prepare breakfast. So, kitorang bawak roti gardenia, brahims and sup campbell siap2 untuk alas perut. Sebenarnya kitorang tak ada itenary sangat pun. Just bagitau je nak pergi mana Agam ni akan bawak. 


Sepanjang jalan tu adalah ternampak signboard naik gajah kat zoo safari. Teringin nak naik. Tapi mahal gila. Seorang Rp900,000 lebih kurang RM300++ jugaklah. Terkubur hasrat maka bergambar lah kitorg kat depan jalan ni je. Jadilah buat modal berlagak dengan kawan-kawan. Pun boleh. Haha! 




Mula- mula Agam nak bawak gi kilang buat batik. Tapi aku kata tak nak Agam. Macam makcik2 lah. Haha. Takkan gadis cantik macam kitorang nak tengok batik kot. Dalam hati Agam, mesti cakap perasan nau minah ni. Sejak tu Agam panggil kitorang neng geulis dalam bahasa sunda bermaksud gasid cantik :) So, Agam pun bawak kitorang pergi tempat pembuatan Kopi Luwak , Lumbung Sari. Sebenarnya aku tak minat sangat kopi ke apa. Tapi kopi Luwak ni lain macam dia punya feymes sebab, kopi ni akan diberi makan pada musang. Lepas musang makan, dia berak. 


Musang. Penat meneran. Tido je keje!
Kita ambil tahi tu basuh, steril dan punggg! Jadilah kopi lawak yg paling mahal di dunia. Aku tak sanggup nak minum. Nasib baik kat sini dapat minum kopi free and teh free. Banyak lak tu tester. And semuanya sedap! 

Jadilah kopi luwak!

Sambil tunggu kopi
Pelbagi perisa teh yg sedapppp. Cawan besar tu kopi luwak amnah punye

Destinasi seterusnya ialah Pasar Ubud. Pasar Ubud ni tempat nak beli souvenier and barang2 utk bawak balik. Tapi, ada setengah penjual yg muka mintak penampar and suka memaksa. Kalau tak nak beli, better tak yah tanya. Nanti diorang buat muka and mulalah menyumpah. So not nice ok! Tapi jangan pelik kalau setiap kedai ada jual souvenier berbentuk tuttt. Sebab ada setengah kepercayaan yg memuja benda alah ni. Haha! Tapi nak tergelak pun ada, 

Next stop sepatutnya Tegalang Rice Field. Tapi cuaca panas mengelit sampai rasa nak marah semua orang, so kitorang skip je lah. Takpelah dapat tengok dari dalam kereta pun jadik laaa. Haha. Si Agam ni layankan je lah kerenah kitorang. Dari pemalu, last-last dia pun boleh sekepala. Lagipun dia sebaya je dengan kitorang. 

Perjalanan seterusnya ialah Danau Batur Kintamani di mana terdapatnya restoran berlatarkan Gunung Kintamani. Tempat ni memang wajib pegi kalau ke Bali tau. Sebab pemandangannya memang sumpah cantik. Apa kata org Indo? Kayak lukisan gitu. Kat restoran ni guna sistem buffet. Satu kepala RP150,000. Makanan boleh lah. Nak kata sedap sangat tu bagi aku biasa-biasa jee. Hehe. Maybe sebab view lagi menarik dari makanan kot. Dengan berangin nya. Fuhh layan! 

Gaya. mutu dan keunggulan! haha
Kitorang kat sini adalah dalam 3 jam kot. Dah puas selfie apa bagai, sebelum sampai pekan, Agam bawak kitorang pegi Pura apa tah. Betul tak ingat. Kat sini, cuma nak tengok diorang punya temple lah. Bagi aku, biasa je sebab pening bau asap kemeyan, Boleh gitu?

Kebanyakan pintu masuk juil memang berukir camni
Tapi sebelum balik hotel, kitorang mintak Agam bawak dekat Kuta Mall. Kuta Mall ni feymes sebab kat sini lah terdapatnya hard rock cafe. Dia konsep open air punya mall lah. Agak happening kat sini dengan orang-orang muda dan mat salleh. 

TYpical tourist

Masa ni aku dengan Amnah duk berkomplot dengan Agam nak buat surprise birthday Del. Nasib lah dapat supir yg sporting, Agam belikan kek utk Del. Pastu sorok. Haha. Si Dell ni dah merajuk dengan aku dengan Amnah sebab kitorang asyik berbisik dua orang. Rupa-rupanya. Happy Birthday Dell!!

haa kan dah teharu :)

Ok nanti sambung PART 2 pulak!

Boleh baca PART 2 <<<< SINI
<3 p="">


P/S: Ni no SUPIR kitorang (Agam) +62822-1688-4848. Nanti kamu bilang saya ini Neng Geulis ya. Nathrah. Mana tau dapat diskaun. Hehe.