Monday, August 29, 2016

Bercuti ke Bali Part 2

Assalamualaikum!

Fuhhh punya lah lama nak update entry Part 2 ni. Amnah pun dah selamat kawen dan dah pregnant baru aku nak update. Haha. Ok pada yg belum baca PART 1 tu, sila lah baca dulu ye. Meh nak sambung cerita yg hampir setahun lepas ni. Lets cekidaut. Ya ak auw! 

Day 3

Harini macam biasa kitorang janji dengan Agam pukul 830 pagi amik kitorang kat hotel. Tapi biasalah, manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Gituu. So sebab si Dell  very slow the motion aku pon whatsapp la si Agam tu amik kitorang pukul 9 pagi, Maaf ya Agam!

Destinasi pertama harini adalah Pantai Pandawa. Dengar cerita, feymes la jugak. Tapi aku pun pelik apsal la time pagi buta macam ni Agam bawak kitorang pegi pantai, Haha. Tapi layankan je lah, View memang cantik. Tapi masyaAllah panasnya lah. Amik gamba kejap, berdesup masuk dalam kereta nak aircond punya pasal. Haha.

Land mark Pantai Pandawa. Haaa :)
Beautiful blue sky. Haa jangan disangka biru itu indah. Panas nak mampoih. Tapi biew memang cantik gila kan?

Dell memang pandai berlakon. Weii buat2 kita tengah happy gelak2 wei. Mesra2 sikit wei. Tu belakang tu macam lukisan dak??

Next destination, Agam bawak kitorang pergi Pura Luhur Uluwatu. Kat sini memang wajib pergi sebab view memang sangat cantik. Tapi  hati-hati sikit sebab kat sini banyak monyet. Dah la suka rampas barang orang. Kat sini sila jangan berangan nak pakai sun glass ya. Kalau yg beli kat uptown macam aku ni takpe la jugak. Kalau yg stock Dior lah bagai tu haa naya je jadi hakmilik terpelihara Mr Ah Nyet nanti hehe. Masa untuk pergi ke sini dalam 2 jam jugak kalau tak silap. sorry lupa sebab nak dekat setahun dah kan cerita ni. Kekeke

Fokus pada muka aku dengan Amnah. Masa ni ada 3 ekor monyet tetiba datang ke arah kitoramg. Punya cuak. Dah lah tepi tebing. Hahaha. Pandai monyet2 ni pilih awek2 cun kan? Haha. Btw, cantik kan cliff kat belakang tu?
Worth for a selfie. Cantikkk nyaaa yg kat belakang tu. Dell masa ni tengah dating ngan Agam. Saje bagi privasi kat diorang mengenali hati budi. haha
Pandai Agam ambil gambar :)
Dah puas bergambar kat sini, kitorang singgah shopping dekat Krisna. Tapi aku tak berapa ingat, ada lagi satu tempat unyuk shopping jugak. Barang2 souvenier murah-murah kat sini. Macam tshirt, keychain apa semua ada jual kat sini.

Balik tu singgah solat kat masjid sebelum Agam bawak pegi tengok sun set dekat Pantai Jimbaran. Kat sini banyak restoran tepi pantai mengadap laut. Best sangat. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar muka. Syahdu je.

Suasana di tepian panrai. So romatik. Jeles betul tengok orang dating. Bila tah nak ada shuben. ;p
Makanan kat sini agak mahal jugak. Tapi kalau nak merasa boleh je. Tapi kitorang tak order makanan pun masa kat sini sebab masing-masing dah kenyang makan ayam penyet sebelum solat tu.

Punya serius nak order. Last-last order air teh botol je. Hahaha. Poyo. Senget2 tudung iols angin punya kuat.

Haaa lagi satu, kalau datang pantai ni jangan lupa try jagung bakar dia. Ada perasa pedas masin manis tu. Sedap sangat hingga menjilat tongkol uolss. Haha tapi tu lah, masa kitorang duk lepak menunggu sun set, adalah acara pemujaan bagi kepercayaan agama Hindu kat sana. Seram jugak la dengar jampi serapah diorang tu. Kalau dengar tengah malam mau demam seminggu.

Amboi feeling sangat. Haha!

Konon artisitik la dapat tangkap view cenggini kan. Haha. But its beautiful kan?
Dah puas layan perasaan, malam tu Agam bawak pergi jalan-jalan kejap sebelum balik hotel. Jalan singgah untuk shopping la sikit.  Tapi aku tak ingat kat mana tempat tu. Hahaha! Soryyyy. Balik Hotel tidooo.


Day 4


Harini last kitorang ada kat Bali. Tapi flight kitorang malam. so sempat lagi nak jalan-jalan. so, harini destinasi pertama adalah Pura Ulun Danu. Haa tempat ni sejuk berangin je. Sebijik macam Cameron Highlands. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih jugak la sebab jalan dia bengkang- bengkok.

View masa otw ke sini. Hijau jeee

 Kat sini adalah terletaknya Pura yg dibina sebelah tasik. Masa kitorang pergi ni musim kering, so tasik pun surut. Tapi view kat sini memang cun gila. Dah la sejuk. Kat sini je aku rasa cool dan tak rasa nak marah sebab panas. Haha.


Haaa kalau bukan musim panas tasik tu ada air.

Tasik ka belakang tu masa ni surut je. Ada lah nampak orang main jet ski In real, lagi cantik daripada gambar sebenarnya. Dengan gunung-gunung lagi,


Tenang kat sini banyak pokok hijau, Berangin. Tak panas, So sebenarnya banyak lagi gamba haha. Upload sikit2 je dah la.
Then, lepas tu singgah kat Tanah lot yg femes gila tu.Tapi kat sini sekali lagi aku diuji dengan suhu panas melampau. Walaupun angin kuat gila sampai nak tercabut serkup mak tapi panasnya ya Allah! Haha. Si Agam pun surrender tak nak ikot kitorang masa ni sebab tak tahan panas.

Cantik kan lumut-lumut hijau tu. Time musim kering je korang boleh turun sampai bawah ni. Kalau air pasang ambik gamba dari atas je la. Kat belakang tu kuil hindu. Tengah sembahyang berjemaah kot. heee
Otw balik pegi van, Amnah ni boleh pulak nak shopping painting kat sini. Tapi serius painting kat sini murah dan cantik2. Masa Amnah tanya pendapat aku Nat ni cantik tak, Tu cantik tak, Aku iyakan je sebab aku sebenanrnya dah panas dan tak boleh nak pikir. Hahaha. Sorry Am!

Lepas tu Agam nak hantar kitorang pergi Airport. Tapi sebab banyak masa lagi, kitorang mintak agam bawak kitorang pusing-pusing kat Jalan Legian. Jalan Legian ni banyak kedai souvenier tapi biasanya dai target pelancomg omputih. So, barang kat sini agak mahal la dari tempat lain. Tetiba nampak pantai. Mintak Agam turunkan kitorang nak amik gambar kat Pantai Kuta. Tapi masa ni Dell tak nak ikot. So, aku dengan Amnah je lah.

Pantai Kuta ni happenng jugak. Banyak jugak dugong (baca mat salleh) terdampar di tepian pantai. Water sport pon banyak kat sini. Masa ni kitorang acah-acah ambik gamba, tumpang jap la baring kat sini. Tetiba owner tempat baring ni tanya nak sewa ke tak. Kitorang kata tak tak nak amik gamba je. Marah pakcik tu, Haha. Nasib sempat amik gamba kaki ni buat modal upload kat belog.

Nathrah was here, Pantai Kuta!
Masa Agam nak hantar balik tu kitorang cam sedih jugak lah. Agam pun sedih sebab katanya kitorang best dan cantik. Ok tipu je. Agam kata dia senangg bangat sama neng geulis. Eleh padahal semua customers dia kot dia cakap camtu. Haha.

Meet our supiir, Agam :) 
So, berakhirlah percutian kitorang kat Bali ni. Memang best dapat bercuti dengan best friend. Sebab lepas tu tak tau lah bila dapat pergi lagi. Ketika entry ni ditulis, Si Amnah tu pun dah selamat jadi bini orang dan tak lama jadi mak org. Dell pulak tak lama lagi dah nak jadi bini orang. Aku je yg tak de calon lagi. Kah! Sedih mak tau.

Ok, kalau yg tanya budget pergi sana berapa secara jujurnya aku tak berapa ingat. Tapi aku boleh katakan budget tu dalam RM1000 camtu jee. Flight + hotel RM 600, Supir RM300. Haa yg lain tu makan and souvenir. Kira ok la kan? Ok dah setel hutang entry. Kalau rajin lain kali aku update lagi. Tapi tak tau la bila, Haha! Bye

P/S: Ni no SUPIR kitorang (Agam) +62822-1688-4848. Nanti kamu bilang saya ini Neng Geulis ya. Nathrah. Mana tau dapat diskaun. Hehe. 



Less than three <3 3="" p="">









13 comments:

cik hani said...

wah...syoknya dapat ke sana

Afferdaus said...

refer to 1st gambar, errr macam pose hampir tengah jalan je. err ke bukan

Cik Nathrah said...

cik hani: syok dear especially pergi dengan kawan sekepala. Kalau travle make sure you choose your travel buddies well. Sebab even tempat tu biasa2 je tapi kalau pergi dengan org yg best tempat biasa pon jadi best

Afferdaus: mmg tengah jalan pon. Tp tu jalan kecik je. Kereta lalu lalang utk ke Pantai PANDAWA tu je.

Suraya Kamilan said...

Salam natrah, boleh dptkan nombor supir tak? thanks

Cik Nathrah said...

ni no dia +62822-1688-4848. Nanti kamu bilang saya ini Neng Geulis ya. Nathrah. Mana tau dapat diskaun. Hehe

Ikan Buntal said...

Seronok cik natrah berjalan..haha.. blog pon lme x update

aji gunma said...

Assalamualaikum Cik Nat..
Happy blogging again (^^)

Wah, kali ni story pasal Bali eh..
Interesting story.. entah bile la sy pulak g sana huhu..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ika ika said...

Cik natrah Ada X number supir agam Tu best la tempat Yg dia bawak , excited plak nk pergi hujung Bulan ni

afifi asus said...

assalamualaikum cik natrah,nk tnya ckit,kat airport Bali tu kena bayar airport tax x waktu balik ke Malaysia??sebab dlm blog2 lain ada yg bg tau kena prepare duit Rp200,000 utk airport tax sebelum balik ke Malaysia..btoi ke mcm tu??

afifi asus said...

assalamualaikum..nk tnya ckit,kat airport Bali tu kena bayar x airport tax sebelum berlepas balik ke Malaysia??

Cik Nathrah said...

Rasanya tax tu dah mansuh. Tak de kena bayar pun

Cik Nathrah said...

Sis dekat hujung entry tuu sy dah update