Saturday, January 21, 2017

Bercuti ke Lombok Part 1

Assalamualaikum!

Nampaknya blog ni dah jadi macam travel blog je dah. Setiap kali pergi travel memana baru aku rajin sikit nak update blog. Tu pun orang yg suruh update.

Oklah, tanggal 6 Januari 2017 haritu, pergilah aku ke Lombok bersama dua orang girlpren, Elly dan Dee. Trip  kali ni adalah selama 4 hari 3 malam. Oh wait. Why Lombok?  Lombok ada apa? Bukan orang selalu culik anak dara orang bawak lari ke? Tak bahaya ke? Hati2 kang pergi tak kembali pulak.  Haa tu lah soalan-soalan yg bergema masa kitorang decide nak pergi Lombok tempoh hari.

Tapi disebabkan degil dan tengok review orang pergi Lombok tu rilek je tak de apa-apa aku pun gigihkan jugak book ticket Air Asia. Selebihnya, serah je lah kat Allah. Tiket return untuk ke Lombok ni kitorang dapat RM480 seorang included tax and insurance. Agak mahal jugak kan, so kalau nak jimat pandai2 la cari ticket time murah-murah. Disebabkan masa tu perasaan nak pergi tu dah membuak-buak dan tak dapat dibendung (gituuu), pejam mata je lah book ticket. Heee

Trip aku kali ni, tak ada amik memana travel agent pun. Aku just amik supir, itinerary tu semua aku yg plan. Study and google dulu sesiap tempat-tempat menarik kat Lombok tu pastu just suruh supir bawak kan je. Kos untuk supir selama 3 hari IDR1,500,000.00 bersamaan RM495 (currency semasa). Kitorang guna supir untuk perjalanan dekat mainland je. Kat pulau tak pakai supir pun.

Day 1 (6 January 2017)

Flight dari KL jam 830 pagi. dalam 6 pagi kitorang dah gerak ke KLIA2 sebab nak check in bag. Masa sampai tu boleh lagi rilek-rilek sampai dah  finall call dah. Nasiblah tak kena tinggal flight. Haha.

Sempat  je kan!


Flight ke Lombok amik masa lebih kurang dalam 3 jam untuk sampai. Bila sampai tu urusan kat imigresen agak slow sebab kat situ ada dua kaunter je dan diorang tak asingkan penduduk tempatan dan juga international people. Maka berasak la kitorang bersama-sama abang2 ganteng khas dari Lombok.
Sesak gilaaaaa!!

Lebih kurang 20 minit urusan kat kaunter imigresen tu terus jalan cari supir. Patutnya nak beli simcard Indo tapi fikir-fikir balik tak payah la, kang memasing duk layan phone dan jadi anti-sosial tak best pulak. So, semua tak beli langsung simcard tu.


Pergh rasa macam DLCW lak semua orang tunggu ramai-ramai kat luar camni :D

Supir aku sepanjang kat Lombok ni namanya BABE. Wah beb gitu! Mula-mula dia sebut nama dia aku macam tanjat takut salah dengar. Tapi nama betul dia memang camtu. Banyak kali lah aku tersyasul. Kejap Baba. Kejap kang Burble. Hehe. Redha je lah si Babe ni.

Sepanjang jalan, setiap 1 km akan ada sebuah masjid. Sebab tu Lombok ni tagline dia Bandar Seribu Masjid. Masa sampai tu aku macam kagum jugak lah sebab setiap masjid tu ramai jemaah yg baru selesai solat.  "ish ish  bagusnya diorang ni. Solat Zohor pun penuh masjid berjemaah kan. Macam solat jumaat dah". Aku bersuara dengan rasa kagum. Tetiba Elly nyampuk, " bukan harini memang hari Jumaat ke". Haha. Baru nak kagum. Sekali memang diorang solat Jumaat daa. #aptb

Sepanjang jalan jugak kita akan disajikan dengan pemandangan kehijauan sawah padi. Lombok ni jelapang padi bagi Indonesia lah. Sama macam Kedah

Destinasi pertama ialah Pantai Tanjung Ann dan juga Pantai Batu Payung. Elly ni sejenis manusia yg takut naik bot. Untuk menceriakan keadaan, aku pun dengan berhati mulia cakap kat dia "Elly rileks la, tengok tu anjing pun berenang" sambil tunjuk dekat dalam air laut "anjing" tengah berenang. "Mana anjing Nat? tu orang lahhhhh". Maka apa lagi, terburai lah ketawa diorang. Sampai supir and semua orang kat situ gelakkan aku. Sampai sudah kena bahan. Huhuhu. Maklumlah rabun tahap kronik pun degil tak nak pakai spec. Tapi takpe, aku rela dibahan untuk menggembirakan orang lain. Mulia kan? Haha

Pantai Tg Ann. Nampak tak air kaler turqoise tu? Tapi malangnya banyak gak sampah tepi pantai ni. Soo sad tempat cantiik macam ni diorang tak jaga betul-betul kan :(

Untuk ke Pantai Batu Payung ni kena naik bot. Amik masa dalam 10minit. Bayaran sebanyak IDR100,000 seorang. Bila tulis blog ni baru aku perasan, sebenarnya macam mahal jugak la kan kos ni. Takpela benda dah lepas. Lagipun, diorang siap hantar dua orang budak yg tolong amikkan gambar cantik-cantik.

Niceeee!! Alamak, muka Dee tersorok! Ni la padah gelakkan orang. Dah tak payah masuk dalam blog, Hahahaha keji gila
Sampai je kat pantai, anda akan disajikan dengan pemandangan yg sangatttt lumayan bak kata orang Indo. Kat sini, ada seketul batu yg berdiri megah di tengah-tengah pantai. Maybe dari situ lah kot diorang namakan pantai ni.

Inilah dia batu yg digembar-gemburkan tu. Untuk yg forever alone boleh lah tiru aksi ni. Haha!

Or boleh jugak tiru aksi ni. Bentuk batu ni seolah-olah muka manusia kalau diamati betul-betul kan. Thats why lah photoghaper paksa aku amik gamba yg ala-ala minah kesepian ni haa! Layan kan jela labuu.
Gambar bertiga!
Kemudian, kitorang bertiga mendaki bukit dekat pantai ni. Ala kacang je, Aku pakai wedges pon boleh lepas. Dengar kata, view dari atas bukit ni cantik bangattt! So, gigih la kita tiga orang ni mendaki. Bila sampai atas tu masing-masing macam happy gila sebab pemandangan memang sumpah cantik! Kalau tengok dalam gambar pun dah cantik, depan-depan lagi lah MasyaAllah!! Tapi masa tu, angin agak kencang sampai rasa nak tercabut tudung iolss. Nasibla tetap utuh hingga ke akhir waktu, Gitcheww!

Macam lukisann kan??

Panoramic view...supir pun masuk sekali. haha

Dah puas bergambar sakan kat sini, supir bawa pergi ke area Pantai Kuta. Oh, jangan confius dengan Kuta Lombok dengan Bali ye. Kat Lombok ni pun ada Kuta. Biasanya orang surfing kat sini sebab ombak nya agak kuat. Kat sini, sekali lagi kitorang buat aktiviti panjat-memanjat bukit. Kali ni, bukit ni dinamakan Bukit Merese. Memang feymes di kalangan pelancong. Kebanyakan pantai kat lombok ni dikelilingi bukit-bukit yg kita boleh panjat untuk menikmati view pulau yg sangat lah awesome.
Sebelum panjat bukit merese, ada sawah padi dekat sebelah. Apalagi sebagai seorang yg jakun dengan sawah padi, aku pun amik la gamba sepam dua kat sini. Hehe. Tapi lama-lama bila kat Lombok ni, dah muak dah tengok sawah padi sebab kiri-kanan sepanjang jalan memang sawah padi je. 

Dah puas ambil gambar kat sini, maka bermulalah sesi pendakian ke Bukit Merese ni. Tak mencabar pun . Even lembu pun boleh panjat naik atas bukit ni. Hehe. Aku pakai selipar jepun je. Ok lah. Tak sempat penat pun korang dah sampai kat puncak bukit ni.



Cece konon dah habis artistik lah amik gambar dari angle atas ni

View di puncak Bukit Merese. Hijau + Biru :)
Ajet-ajet cute la tu! Hahaha

Selesai bergambar sakan, kitorang singgah solat dekat masjid kecil sekitar Bukit Merese. Kena ganti-ganti sebab masjid dia ni kebanyakannya unisex. Tak ada asing laki-pompuan pun. Dah petang baru perasan yg kitorang tak makan pun lagi. Last makan masa dekat flight, aku dengan Elly makan dalam kereta supir je. Apalagi, ajaklah Babe singgah makan jap.

Singgah makan kat sini.

Nak try la makanan suku kaum Sasak. kitorang try Ayam Pelecing, Ayam Taliwang amd Cumi Goreng Pedas. Rasa dia so-sp jelah. Menurut kata Babe, rasa masakan kat kedai ni tak sama dengan yg asli. Kalau yg pure Sasak punya memang sedap. Tapi tu lah, tak de rezeki nak cuba.
Selesai penuhkan tangki, Babe hantar kitorang ke hotel. Hotel kitorang untuk malam yg pertama ni terletak dekat area Kuta ni lah. Nama hotel, Hotel Shu Villa. Memang terbaik. Dekat sini cuma ada 4 buah je villa. Sangat privacy. Bilik bebetul depan swimming pool. Katil luas, boleh muat sampai 4 org. Tak perlu tambah extra bed pun sebab kalau terlebih daripada 2 org pun dia tak cas. Cuma korang perlu tambah duit untuk extra breakfast je.  Apa yg bestnya, breakfast pun kita order dan dia siap hidang  kat bilik lagi. Wifi pun laju. Best kan? Rate untuk hotel ni RM200 semalam. Memang terbaik!

Cantik kan? Awesome.

Toilet pun outdoor uols. Hati-hati takut ada yg memandangg. Masa malam kalau nak pergi toilet aku berdebar gak la sebab
sebelum tidur Elly duk tengok cerita The Conjuring. Haha
Maka tamatlah pengembaraan kami untuk hari pertama ni.  Nanti aku sambung. Macam dan banyak pulak menaip. To be continue....


Thanks for reading this entry!

<3 :="" br="" less="" than="" three="">











3 comments:

Anonymous said...

Hi sis...boleh mnta no supir kat lombok coz planning bln 5 nk p

Jefri An said...

terima kasih sudah berkunjung ke lombok
:)

Jefri An said...

Terima kasih sudah berkunjung ke lombok :)